Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 3, 2015

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

Imej
N egeri- n egeri M elayu B ersekutu (NNMB) dibentuk pada bulan Julai 1896 yang terdiri daripada negeri Perak , Selangor , Pahang dan Negeri Sembilan . Penubuhannya adalah bertitik tolak daripada kelemahan yang terdapat dalam Sistem Residen. Melalui sistem pemerintahan NNMB ini: 1. Kuasa pemerintahan dibahagi dua antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. 2. Seorang Residen Jeneral akan dilantik mengendalikan kerajaan pusat bagi memastikan Residen-residen di setiap negeri tidak bertindak sewenang-wenangnya. 3. Residen Jeneral pula akan diawasi oleh Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang juga menyandang Gabenor Negeri-negeri Selat. 4. Mewujudkan keseragaman dari segi perkhidmatan awam, polis, gaji, dasar pelajaran, undang-undang tanah dan sistem pos. Frank Swettenham merupakan Residen Jeneral yang pertama mengetuai NNMB. Sistem NNMB ini terus berjalan dengan pelbagai penyesuaian bagi mengatasi kelemahan yang timbul seperti pemilikan k