Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Solat Jamak Taqdim , Takhir dan Qasar

Imej
Panduan ini disediakan untuk mereka yang bermusafir.




KONSEP DAN KATEGORI BAHAN BANTU MENGAJAR

Imej
Definisi bahan bantu mengajar(BBM): 
BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. 
Kategori dan penjelasan bahan bantu mengajar: 
Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu: 
    - Bahan bantu mengajar bukan elektronik 
    - Bahan bantu mengajar elektronik 
    - Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan 
      sebenar 
Bahan bantu mengajar bukan elektronik: 
1. Papan hitam atau papan tulis 
2. Buku teks 
3. Papan pemer atau papan buletin 
    - Sumber pengajaran yang produktif 
    - Untuk memperkenalkan idea baru, memberi 
      maklumat memberi kefahaman, memperkayakan
      perbendaharaan kata, merangsang 
      perbincangan, menimbulkan daya 
      kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta 
      menambah pengekalan pembelajaran seseorang 
      pelajar 
4. Fail tegak dan bahan bacaan 
    - Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu 
      bahan-bahan bacaan bukan buku seperti majal…

Penggunaan Kata Hubung dengan betul

KATA HUBUNG
1. MAKSUD:
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

2. JENIS KATA HUBUNG:
a. Kata hubung gabungan:
Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka 
b. Kata hubung pancangan:
Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila 
c. Kata hubungan berpasangan :
Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG

a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan ‘serta’)
Salah:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam. 
Betul: 
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.

b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan 
Salah: 
-Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan. 
Betul:
-Anda bol…

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH

Imej
Lagu Pendidikan Sarawak ini dinyanyikan setiap kali perhimpunandan majlis-majlis  rasmi sekolah di seluruh Sarawak. Jom kita dengar!



Mari kita menuju wawasan,
Berketerampilan bergerak seiringan,
Dari utara hingga selatan,
Kita pacu menyusur gelombang.

*Dasar dipadu cita dituju,
Bumi kenyalang saujana memandang,
Pelosok kota rantau dan desa,
Meneruskan agenda pendidikan.

Ayuh terbang kita seiringan,
Menggapai bintang menjejak awan,
Tekad yang jitu semangat juang,
Pendidikan dijulang zahirkan harapan.

Terbanglah tinggi menuju gemilang,
Laungan keramat penuh iltizam,
Rapatkan jurang satukan impian,
Semangat juang kita laungkan.

Fly Kenyalang Fly, Fly High (2x)
Kita sematkan.


RIMUP 2015

Imej
Program Rancangan Intergrasi Muris untuk Perpaduan (RIMUP) telah dijalan pada 11-12 Ogos 2015 di SKHBS.

Program ini melibatkan kerjasama tiga buah berdekatan iaitu SJK (C) Chung Hua Sebangan, SK Tungkah Dayak dan SKHBS. SKHBS merupakan tuan rumah penganjur program RIMUP kali ini.

Pelbagai aktiviti dijalan.

Selasa
1) Senam robik
2) Pancing botol
3) Bawa ping pong dalam sudu
4) Meleret bola guna gelung
5) Mengisi air dalam botol

Program hari ini telah dirasmikan oleh Puan Jamayah dari PPD Simunjan.

Rabu
1) Senam robik
2) Gotong royong
3) Tayangan video
4) Indoor aktiviti




Inilah Manusia

Imej
Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhiratSeseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecaiAjaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermuSesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinyaSetitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitikPaip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapanSemakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang mengham…

NOTA SEJARAH KSSR TAHUN 4 : ZAMAN PRASEJARAH

Imej