Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 11, 2013

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 5

Imej
                 Pada 25 Februari 2013, seramai 16 orang guru pelatih dari PISMP 1111 Pengajian Sosial semester 5 dan seorang pensyarah pembimbing telah bersama-sama melaksanakan program Bina Insan Guru di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuching. Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah bertemakan ‘benchmarking’ atau penanda aras satu sekolah pilihan di mana kami dikehendaki untuk membuat peninjauan dan penilaian sekolah tersebut daripada aspek-aspek seperti infrastruktur, pengurusan pentadbiran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan amalan budaya sekolah. Sesi bergambar bersama Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar                   Kami sebulat suara bersetuju untuk membuat penanda aras di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuching pada 25 Februari 2013 .  Pada mulanya kami merancang untuk mengadakan lawatan penanda aras pada 21 Februari 2013 tetapi faktor pihak MRSM Kuching yang mempunyai aktiviti yang padat pada 21 Februari 2013 dan kami bersetuju untuk meminda tarikh te