Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 20, 2011

DEKON PERINGKAT IPGKTAR 2011

Imej
20 Oktober-Kami rasa dengan penuh kepuasan walaupun tidak mengharapkan kemenangan DEKON peringkat IPGKTAR sebentar tadi dan kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur terutama pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu dan guru-guru pelatih semua. Apa yang kami mahukan ialah keinginan kami menyampaikan maksud persembahan kami yang bertajuk "Kembalikan Temanku". Begitu jua dengan Bahasa Melayu, kembalikan kegemilangan Bahasa Melayu seperti era gahnya empayar Kesultanan Melayu Melaka. Dan sekarang, biar ia bangkit dan terus kekal megah dan berkembang di persada antarabangsa. Persembahan hebat daripada 7 kumpulan termasuk dari opsyen kami PISMP 1111 Pengajian Sosial telah berjaya menghiburkan dan menyedarkan kita akan kepentingan memarbatkan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita. DEKON kali ini adalah bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan. 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara.

Konsep Sekolah Bestari

Imej
Sekolah Bestari merupakan salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan. Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari, Pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan alatan berkaitan, pera

Bola sepak Sukan SEA: Malaysia dalam kumpulan A

Imej
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Malaysia bakal berhadapan misi getir bagi mempertahankan pingat emas bola sepak temasya Sukan SEA apabila diundi bersama tuan rumah, Indonesia dan Thailand, dalam kumpulan A. Selain itu, kumpulan itu turut disertai oleh Singapura dan Kemboja. Undian acara bola sepak Sukan SEA Indonesia 2011 berlangsung di Stesen Televisyen Indonesia Studio 4 RCTI (Rajawali Citra Televisi Indonesia) di Jakarta Barat, Indonesia, hari ini. Kumpulan B pula dianggotai oleh naib juara edisi lepas, Vietnam, Laos, Brunei Darussalam, Timor Leste, Myanmar dan Filipina. Proses undian itu turut disiarkan menerusi talian Internet. Menerusi undian itu, skuad negara bawah 23 tahun negara di bawah jurulatih Ong Kim Swee, akan membuka saingan dengan menentang Singapura pada 9 November diikuti Thailand (11 November), Kemboja (15 November), Indonesia pada 17 November. Acara bola sepak Sukan SEA akan bermula dari 3 hingga 21 November di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium