DEKON PERINGKAT IPGKTAR 2011


20 Oktober-Kami rasa dengan penuh kepuasan walaupun tidak mengharapkan kemenangan DEKON peringkat IPGKTAR sebentar tadi dan kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur terutama pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu dan guru-guru pelatih semua. Apa yang kami mahukan ialah keinginan kami menyampaikan maksud persembahan kami yang bertajuk "Kembalikan Temanku". Begitu jua dengan Bahasa Melayu, kembalikan kegemilangan Bahasa Melayu seperti era gahnya empayar Kesultanan Melayu Melaka. Dan sekarang, biar ia bangkit dan terus kekal megah dan berkembang di persada antarabangsa.

Persembahan hebat daripada 7 kumpulan termasuk dari opsyen kami PISMP 1111 Pengajian Sosial telah berjaya menghiburkan dan menyedarkan kita akan kepentingan memarbatkan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita. DEKON kali ini adalah bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan. 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Keanjalan Permintaan Dan Keanjalan Penawaran