Catatan

Tunjukkan catatan dari April 22, 2012

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA MENDIANG ENCIK CHAI KIM SHIN

Imej
Hari ini kami dikejutkan dengan pemergian salah seorang pensyarah Jabatan Kajian Sosial yang pernah mengajar kami Pengajian Sosial (Ekonomi) pada 21 April 2012. Pemergian beliau amat kami rasai kerana pengorbanan beliau dalam memberi ilmu kepada. Beliau seorang yang peramah, bertolak ansur dalam setiapa perkara, dan tidak pernah merungut atau lebih tepat mudah berjenaka di dalam kelas. Trade mark 'Bagus, ada baca!!!' sentiasa mekar dalam ingatan kami. Trade mark tersebut sering beliau guna untuk memuji pelajar-pelajar yang dapat menjawab soalan-soalan beliau. Beliau juga merupakan Penasihat 1 kepada Gerakan Pengguna Siswa IPGKTAR. Kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang Encik Chai Kim Shin. Semoga roh mendiang aman di sana selepas penderitaan menghidap kanser sebelum ini.