Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 18, 2012

Bahan Tiga Dimensi

Imej
Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini. Kelebihan Bahan 3D Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan. Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain