Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 18, 2011

Kuching bakal jadi pusat penyelidikan manik

Imej
KUCHING 17 Ogos - Kerajaan negeri bercadang membangunkan sebuah pusat penyelidikan manik Borneo di bandar raya ini bagi merancakkan lagi industri tersebut pada masa depan. Menteri Pelancongan dan Warisan, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, rancangan itu merupakan sebahagian daripada pelan 10 tahun yang digariskan oleh pihaknya sebagai usaha memperkenalkan manik Borneo ke pasaran antarabangsa. "Kita mahu melihat bandar raya Kuching terkenal sebagai pusat penyelidikan manik di rantau ini seperti mana kota Venice, Itali yang popular dengan barangan atau perhiasan diperbuat daripada gelas. "Oleh itu, pihak kementerian telah menggariskan rancangan jangka masa panjang untuk membangunkan hab atau pusat penyelidikan manik Borneo di sini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Persidangan Manik Antarabangsa Borneo (BIBCo) 2011 yang bakal dianjurkan oleh Crafthub Sdn. Bhd. di sini, hari ini. Mengenai persidangan tersebut yang dijadual berlang