Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 13, 2010

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Terdapat 2 jenis Kompetensi Kecerdasan Emosi, iaitu : i- Kompetensi Personalii- Kompetensi SosialMaksudi - Kompetensi Personal bermaksud bagaimana seseorang
individu itu dapatmenguruskan dirinya sendiri.ii- Kompetensi Sosial pula bermaksud bagaimana seseorang
individu itu dapatmengurus hubungannya dengan orang lain.
Kompetensi PersonalTerdapat 2 cabang lain dalam kompetensi personal, iaitu :i -Kesedaran kendiriii- Pengurusan kendiriMaksudKesedaran kendiri-Seseorang individu itu dapat menyesuaikan dirinya dengan
isyarat dalamannyaseperti mengetahui kedudukan dalaman iaitu individu itu mengetahui keadaandirinya sendiri seperti cepat marah atau gembira dan
sebagainya.Pengurusan kendiri-Seseorang individu itu dapat mengurus keadaan dalamannya dalam bentuk dorongan dan potensi dirinya sendiri. Sebagai contoh
yang boleh dilihat ialah
melalui dorongan dan potensi yang seseorang individu
itu peroleh dia dapat menguruskannya
dengan baik melalui keadaan dalamannya.Kompetensi Sosia…

BIOTEKNOLOGI

Bioteknologi merupakan satu bidang sains di mana benda hidup digunakan untuk penghasilan produk atau untuk melakukan sesuatu tugasan untuk manusia. Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga mikroorganisma seperti bakteria telah digunakan untuk menghasilkan kebaikan kepada manusia. Dalam bidang industri perubatan dan pertanian, bioteknologi bantu dalm penghasilan makanan, ujian untuk mengesan penyakit dan untuk melupuskan sisa. Bioteknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan untuk membantu dalam penyelidikan.


Bioteknologi biasanya terbahagi kepada 3 bahagian - bioteknologi merah, putih dan hijau. Bioteknologi merah adalah berkaitan dengan mikroorganisma yang telah diubah bahan genetiknya yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti insulin dan vaksin untuk kegunaan perubatan. Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia berguna untuk sektor perindustrian melalui organisma-organisma seperti kulat dan yis. Jenis bioteknologi ini juga dikenali sebagai…