Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 27, 2010

Carta Pai/ Rajah Bulatan

Rajah (i) Konsep Rajah Rajah bulatan berbahagi atau carta pai atau rajah bulatan berkadar adalah bulatan yang dibahagikan mengikut aspek-aspek tertentu. 1. carta Pai separuh bulatan darab dengan  180 darjah.           2. carta pai penuh darab dengan 360 darjah. ii) Langkah-langkah Membina Carta Pai Bagi membina carta pai, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti yang dinyatakan di bawah. 1. Teliti data dan kenal pasti berapa buah carta pai yang perlu dibina. 2. Cari jejari dengan campur semua nilai data mengikut aspek-aspeknya. Guna formula berikut untuk mendapatkan nilai jejari. Jejari =    punca gandadua  -/Jumlah 3. Berdasarkan jawapan, pilih skala sesuai untuk mengira panjang jejari. Bahagi nilai punca kuasa dua yang diperoleh dalam langkah 2 dengan nilai skala yang telah dipilih. 4. Bagi setiap aspek, kira nilainya dengan menggunakan formula di bawah. Nilai setiap aspek ______________                     x  360 darjah Jumlah keseluruhan a
Kemahiran Amali : Melukis Graf Bar (a) Graf (i) Konsep Graf Graf bar atau graf palang ialah graf yang mempunyai turus-turus menegak. Terdapat tiga jenis graf bar. 1. Graf bar komponen/ graf bar majmuk - Mempunyai turus yang bertingkat-tingkat 2. Graf bar kompaun Mempunyai turus yang berbaris-baris 3. Graf bar cermin Mempunyai nilai tegak yang positif dan negatif. Langkah-langkah Membina Graf Bar 1. teliti soalan dan data yang diberi. kenal pasti kaedah graf bar yang hendak dibina sama ada bar komponen, bar kompaun atau graf bar cermin. 2. kenal pasti nilai maksimum dan nilai minimum data. Pilih skala yang sesuai yang mewakili semua data. 3. Tandakan paksi X ( mendatar ) dan paksi Y ( menegak ) di atas kertas graf. Paksi X mewakili elemen, tahun dan paksi Y mewakili nilai. tandakan nilai pada setiap  1 sm di atas paksi Y dan catatkan unit duhujung paksi tersebut. 4. Tandakan setiap nilai data yang ada dalam soalan. Nilai yang ditanda mesti juah dari paksi Y ( sekurang-kura