Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 2, 2013

Kronologi terkini pencerobohan Lahad Datu Sabah 2013

Imej
Terlebih dahulu sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo Gambar kenangan Allahyarham Insp Zulkifli (kiri) dan Allahyarham Kpl Sabaruddin bersama keluarga masing-masing Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina – Bernama 9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu 11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian a