Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 27, 2012

GALERI GAMBAR

Imej

Pelajar IPG TAR Tawan Puncak Gunung Santubong

Imej
KOTA SAMARAHAN: Pelajar-pelajar PISMP opsyen Pengajian Sosial Ambilan Januari 2011 termasuk empat orang pelajar major Pendidikan Jasmani dari IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan telah berjaya menawan puncak Gunung Santubong pada 14 Julai 2012. Para pelajar diiringi oleh dua orang pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial.
Mereka memulakan ekspedisi mendaki gunung bermula pada jam 8 pagi dengan harapan untuk  menjejakkan kaki ke puncak gunung sebelum tengah hari. Pendakian yang mereka tempuhi penuh cabaran dengan keadaan permukaan tanah yang lembap dan batu yang licin akibat hujan telah menjadi kerisauan para peserta, namun dengan tekad semangat yang kuat dan azam yang tinggi untuk menawan puncak Gunung Santubong, mereka dapat merealisasikan impian mereka tepat pada jam 12:55 tengah hari apabila seramai 23 orang peserta daripada 26 peserta tiba di puncak Gunung Santubong.

Saya merasakan trek untuk menawan puncak Gunung Santubong ini sangat mencabar. Ia benar-benar …

Projek Kewarganegaraan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku”

Imej
Generasi Cintakan Pantai
KUCHING: Seramai 17 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan opsyen Pengajian Sosial ambilan Januari 2011(PISMP1111PS) IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan dan seorang pensyarah pembimbing telah menjalankan Projek Kewarganegaraan yang bertemakan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku” bertempat di SK Santubong. SK Santubong telah dipilih menjadi pusat untuk projek tersebut memandangkan lokasi sekolah tersebut yang strategik dan berdekatan dengan kawasan pantai.
Projek ini telah berlangsung selama sehari dan melibatkan seramai 31 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 sekolah tersebut. Tujuan utama projek ini bukan sahaja bagi memenuhi keperluan kerja kursus bagi guru pelatih PISMP1111PS malahan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling khususnya murid sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar seperti pantai. Antara objektif yang ingin dicapai menerusi projek ini adalah untuk menyemai dan meningkatkan semangat beke…