Pelajar IPG TAR Tawan Puncak Gunung Santubong

KOTA SAMARAHAN: Pelajar-pelajar PISMP opsyen Pengajian Sosial Ambilan Januari 2011 termasuk empat orang pelajar major Pendidikan Jasmani dari IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan telah berjaya menawan puncak Gunung Santubong pada 14 Julai 2012. Para pelajar diiringi oleh dua orang pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial.


Mereka memulakan ekspedisi mendaki gunung bermula pada jam 8 pagi dengan harapan untuk  menjejakkan kaki ke puncak gunung sebelum tengah hari. Pendakian yang mereka tempuhi penuh cabaran dengan keadaan permukaan tanah yang lembap dan batu yang licin akibat hujan telah menjadi kerisauan para peserta, namun dengan tekad semangat yang kuat dan azam yang tinggi untuk menawan puncak Gunung Santubong, mereka dapat merealisasikan impian mereka tepat pada jam 12:55 tengah hari apabila seramai 23 orang peserta daripada 26 peserta tiba di puncak Gunung Santubong.

Saya merasakan trek untuk menawan puncak Gunung Santubong ini sangat mencabar. Ia benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta namun kejayaan kami ini adalah bukti bahawa kami pasti bersedia untuk menawan puncak Gunung Kinabalu nanti

Mohd Zulfarhan
Ketua Program

Program ini adalah bertujuan membina kekuatan fizikal dan mental para peserta dan juga sebagai latihan awal kepada para peserta yang bakal mendaki Gunung Kinabalu di Sabah September ini. Kejayaan ini dianggap sebagai motivasi untuk memupuk semangat dalam kalangan peserta di samping sebagai bayangan awal bahawa puncak Gunung Kinabalu pasti akan ditawan.

Mohd Zulfarhan bin Rosmen, 21 selaku ketua program tersebut menyatakan bahawa beliau sangat berpuas hati dengan kejayaan yang telah dikecapi. “Saya merasakan trek untuk menawan puncak Gunung Santubong ini sangat mencabar. Ia benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta namun kejayaan kami ini adalah bukti bahawa kami pasti bersedia untuk menawan puncak Gunung Kinabalu nanti” ujar beliau semalam. –bernama.

Oleh:
Douvislynda ak Sumol
douvis91@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH