Projek Kewarganegaraan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku”


Generasi Cintakan Pantai

KUCHING: Seramai 17 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan opsyen Pengajian Sosial ambilan Januari 2011(PISMP1111PS) IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan dan seorang pensyarah pembimbing telah menjalankan Projek Kewarganegaraan yang bertemakan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku” bertempat di SK Santubong. SK Santubong telah dipilih menjadi pusat untuk projek tersebut memandangkan lokasi sekolah tersebut yang strategik dan berdekatan dengan kawasan pantai.
Projek ini telah berlangsung selama sehari dan melibatkan seramai 31 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 sekolah tersebut. Tujuan utama projek ini bukan sahaja bagi memenuhi keperluan kerja kursus bagi guru pelatih PISMP1111PS malahan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling khususnya murid sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar seperti pantai. Antara objektif yang ingin dicapai menerusi projek ini adalah untuk menyemai dan meningkatkan semangat bekerjasama dalam kalangan guru pelatih dan murid sekolah rendah, menanam sikap dan perasaan cintakan kebersihan kawasan pantai, dan juga menerapkan nilai murni dalam masyarakat untuk bersama-sama menjaga kebersihan kawasan setempat.
“ Aktiviti yang dijalankan sangat menyeronokkan dan memberi manfaat kepada saya. Kini saya mula sedar bahawa kami perlu menjaga kebersihan pantai supaya pantai di kawasan kami sentiasa bersih dan indah,” kata salah seorang murid Tahun 4, Masitah Bt Abu Samah.
Gotong-royong membersihkan pantai Santubong

Projek seperti ini merupakan satu pengalaman yang bermakna bagi guru pelatih dan peserta yang terlibat memandangkan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada kesedaran alam sekitar telah dilaksanakan seperti ceramah kesedaran pantai, treasure hunt dan gotong-royong membersihkan kawasan pantai. “Pelaksanaan projek seperti ini sudah pasti akan memberi manfaat dan juga sebagai persediaan awal yang sangat berguna kepada guru pelatih untuk melaksanakan projek seumpama ini apabila telah ditempatkan di sekolah kelak.” ujar Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Hjh. Rahmah yang mewakili Guru Besar SK Santubong semasa majlis penangguhan yang berlangsung pada sebelah petang hari yang sama.
Peserta program dan guru pelatih termasuk warga SK Santubong
Salah satu permainan Treasure Hunt yang dijalankan
Aktiviti ceramah yang dilakukan semasa Program Kesedaran

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH