Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 22, 2012

Tahniah! Nazmi berjaya sertai SC Beira Mar

Imej
KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai nasib Mohd. Nazmi Faiz akhirnya terjawab apabila pemain muda sensasi negara itu berjaya mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab bola sepak Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar sehingga Jun 2015. Nazmi dalam akaun laman Twitternya berkata seperti sukar mempercayai peluang yang diraih itu dan rasa bersyukur dengan kejayaan berkenaan. ‘‘Sukar untuk perjelaskan perasaan saya, ini adalah peluang besar dalam karier saya. ‘‘Bermain di Eropah adalah impian terbesar saya dan saya ucapkan terima kasih kepada keluarga serta peminat selama ini," katanya. Nazmi sebelum ini telah meraih perhatian pihak ejen dari Singapura, Marco Guimaeres dan telah menawarkan tempat untuk menjalani pemilihan selama seminggu mulai 13 hingga 20 Mei lalu. Nazmi memulakan latihan pertamanya bersama kelab yang terkenal dengan gelaran emas dan hitam itu, Khamis lalu bersama beberapa lagi pemain dari negara lain bagi mencari tempat beraksi di Portugal. “Seti