Majlis Ramah Tamah Aidifitri Oleh Persatuan Pengajian Sosial


Insitut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR),14 September-Persatuan Pengajian Sosial telah berjaya menganjurkan majlis ramah tamah Aidilfitri peringkat Jabatan Kajian Sosial. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah IPGKTAR, Encik Rijeng Anak Jahet dan Timbalan Pengarah IPGKTAR, Encik Mohd. Lin, Ketua Jabatan Kajian Sosial, Puan Hajjah Adibah bin Ismail dan pensyarah-pensyarah di Jabatan Kajian Sosial serta guru-guru pelatih opsyen Pengajian Sosial dan Pengajian Muzik.

Pelbagai juadah hari raya telah di disediakan. Para tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu hari raya oleh PPISMP Muzik 1611. Suasana yang meriah ini telah menjalinkan tali silaturahim antara pensyarah dan guru-guru pelatih tanpa mengira perbezaan kaum dan agama. Hal ini menyahut serua kerajaan dalam misi menjayakan Pembinaan Negara Bangsa.

Tahniah dan syabas Persatuan Pengajian Sosial yang berjaya menganjurkan majlis ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH