PERBEZAAN ANTARA SISTEM EJAAN RUMI BARU DAN SISTEM EJAAN RUMI LAMA

Terdapat beberapa perbezaan di dalam ejaan Rumi bahasa Melayu baru (selepas 1972 ) dan ejaan Rumi bahasa Melayu lama. Di antaranya ialah:

Grafem

Penggunaan huruf e pepet atau dikenal juga sebagai huruf e bertanda di atas dalam ejaan lama (ejaan Rumi Za’ba). Tanda diakritik di atas e pepet (é) tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang. Contoh penggunaannya ialah:

Ejaan Lama
Ejaan Sekarang
émak jadi emak
kéledek " keledek
méntéri " menteri
témpoh " tempuh

Penggunaan Huruf Konsonan

Terdapat juga perbezaan dari segi penggunaan huruf konsonan. Perubahan lima huruf konsonan, iaitu:

Huruf Lama Huruf Sekarang Contoh Penggunaan
(i) ch c chacat jadi cacat


chuchi " cuci
(ii) dh d kadhi " kadi


dharab " darab
(iii) dz z dzalim " zalim


dzat " zat
(iv) sh sy sharat " syarat


mashhor " masyhur
(v) th s mithal " misal


ithnin " isnin

Tanda koma di atas (‘) dan (`) yang terdapat dalam sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972) tidak digunakan lagi sistem tulisan Rumi sekarang. Tanda-tanda koma tersebut digugurkan atau digantikan dengan huruf konsonan Rumi seperti yang berikut:

  • Tanda koma di atas (‘) yang sepadan dengan huruf jawi ain ( ) dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya:
‘alam jadi alam
ma’af " maaf

  • Tanda koma di atas (‘) yang sepadan dengan huruf jawi ain ( ) digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup suku kata. Contohnya:
ma’na jadi makna
tama’ " tamak
  • Tanda koma di atas (‘) yang sepadan dengan huruf jawi hamzah ( ) dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya:
masa’alah jadi masalah
so’al " soal

  • Tanda koma di atas (‘) yang sepadan dengan huruf jawi hamzah ( ) digantikan dengan huruf konsonan k jika membuka suku kata. Contohnya:
dato’ jadi datuk
ru’yah " rukyah

Selain itu, tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap semenjak tahun 1972 ialah q, v dan x.

  • Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf () untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab.
    Contohnya:

    qariah qunut
  • Huruf v digunakan untuk mengeja kata serapan daripada bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa Eropah yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata, sebagaimana yang terdapat dalam ejaan bahasa sumber. Contohnya:

    versi subversif universiti

  • Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z. Contohnya:
xelophone jadi xelofon
xenomorph " xenomorf

Pola Ejaan

Perbezaan lain yang terdapat dalam ejaan rumi lama dan ejaan rumi baru ialah dari aspek pola ejaan. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata praakhir.


Ejaan Rumi Lama Ejaan Rumi Baru

Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh
(1) a --- e taling aleh a --- i alih
(2) a --- o batok a --- u batuk
(3) e pepet ---e taling lébeh e --- i lebih
(4) e pepet --- o témpoh e --- u tempuh
(5) i --- e taling pileh i --- i pilih
(6) i --- o tidor i --- u tidur
(7) u --- e taling usek u --- i usik
(8) u --- o untong u --- u untung

Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h, k, ng atau r.

Penulisan Imbuhan

Aturan penulisan imbuhan yang berubah daripada kaedah ejaan rumi lama (sebelum tahun 1972) kepada ejaan rumi sekarang adalah seperti berikut:

  • tanda sempang – pada awalan di dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang.

    Contohnya:
Ejaan Lama Ejaan Sekarang
di-makan dimakan
di-pandang dipandang
di-pérkatakan diperkatakan
di-sélideki diselidiki
  • tanda sempang (-) pada awalan sa- dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu digugurkan dan awalan itu dieja se dan ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang. Contohnya:
Ejaan Lama Ejaan Sekarang
sa-bagaimana sebagaimana
sa-bélas sebelas
sa-orang seorang
sa-saorang seseorang
sa-umpama-nya seumpamanya

Penulisan partikel

Ada empat jenis partikel dalam bahsa Melayu sekarang, iaitu –lah, -kah, -tah dan pun. Partikel –lah, -kah, dan –tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan Rumi lama ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya, tanpa tanda sempang, dalam ejaan Rumi sekarang. Contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Sekarang
ada-lah adalah
tolong-lah tolonglah
apa-kah apakah
kenapa-kah kenapakah
bila-tah bilatah

Penulisan Kata Ulang

Kata ulang (atau kata ganda) dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu sekarang yang ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-) yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. Angka dua (2) yang digunakan sebagai tanda ulangan dalam ejaan Rumi lama dihapuskan dalam ejaan Rumi sekarang. Kata ulang yang ditulis dengan menggunakan tanda sempang termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak dan kata ulang berimbuhan. Contoh kata ulang yang sebelum ini menggunakan angka dua dan telah digantikan dengan tanda sempang:

ber-ulang2 berulang-ulang
di-paksa2kan dipaksa-paksakan
di-marah2i dimarah-marahi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH