e-pepet

Vokal e pepet diletakkan dalam segi empat dengan tiga anak panah mengarah ke vokal a, i, dan u. Pola yang wujud ialah e pepet – i, e pepet – u, dan e pepet – a ( 3 pola). Keadaan ini menunjukkan bahawa vokal e pepet hanya boleh hadir pada suku kata praakhir tetapi tidak boleh hadir pada suku kata akhir tertutup.


Perbezaan e-pepet dan e-taling


Dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi dalam perkataan 'besar'. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda) manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.

Panduan mengenalpasti sama ada sebutan e-pepet atau e-taling

Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah, dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 300.


18 keselarasan vokal


1. a-u (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu.



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH