Juan Mata ketepikan rasa hormat

VALENCIA, Sepanyol - Penyerang Chelsea, Juan Mata akan mengetepikan rasa hormat apabila bertemu bekas rakan sepasukan di Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara pada awal pagi esok.
Penyerang berusia 23 tahun itu berpindah ke Stamford Bridge pada Ogos lalu dan mencatat rekod pembelian yang termahal buat Chelsea dalam usaha memburu trofi Liga Juara-Juara.
Pada final tahun 2008, skuad The Blues sema- kin hampir untuk memenangi gelaran berprestij di Eropah itu apabila sepakan penalti John Terry tersasar.
Sejak itu, trofi Liga Juara-Juara menjadi sasaran utama Chelsea yang bimbingan pengurus baharu, Andres Villas-Boas.

Mata dianggap sebagai pemain penting pada pertemuan menentang Valencia ini selepas dia meluangkan masa selama empat tahun bersama kelab itu.
"Ia bakal menjadi satu perlawa- nan yang istimewa buat saya dan saya melalui tempoh yang hebat di sana (Valencia) dan kini, keutama- an saya adalah Chelsea. Saya akan melakukan yang terbaik," kata Mata.
Sementara itu, Villas-Boas tidak yakin skuad bimbingannya akan berada dalam situasi keletihan selepas beraksi dua perlawanan berturut-turut yang berakhir dengan 10 pemain.
"Ia sepatutnya tidak mempunyai masalah dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangi tetapi ia masih di awal saingan," katanya yang mele- takkan Frank Lampard di bangku simpanan ketika menang 4-1 ke atas Swansea pada aksi Liga Perdana England, Sabtu lalu.
"Kami akan menurunkan sembi- lan pemain baharu di atas padang dan mereka akan bermain Rabu ini (awal pagi esok). Saya fikir, ia adalah penting."
Selepas mengharungi satu perlawanan dalam saingan Kumpulan E, Chelsea memimpin kedudukan teratas setelah menewaskan Bayer Leverkusen, manakala Valencia mengalami kekecewaan apabila seri di Genk.
Kepulangan Mata menjadi topik hangat di Valencia dan bekas rakan sebiliknya, Pablo Hernandez turut teruja untuk menghadapi perlawanan tersebut. - AFP

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH