Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara

3 Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara

Kaedah Keluaran
Kaedah keluaran ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua firma dalam ekonomi. Perakaunan berasaskan KDNK dan KNK.

Kaedah Pendapatan
Kaedah pendapatan ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan pendapatan faktor yang diterima oleh semua faktor pengeluaran. Perakaunan berasaskan Pendapatan Negara.

Kaedah Perbelanjaan
kaedah perbelanjaan ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan semua perbelanjaan yang dilakukan ke atas keluaran negara. Perakaunan berasaskan KDNK dan KNK.


 


Di Malaysia, hanya Kaedah Keluaran (nilai ditambah) dan Kaedah Perbelanjaan diamalkan dalam penghitungan pendapatan negara.

 


 


 

Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah)

Mengikut kaedah Keluaran, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan semua nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor-sektor ekonomi dalam sesebuah negara dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa setahun.

Untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan nilai ditambah yang dicipta oleh sektor-sektor ekonomi .


 


 

Konsep Nilai Ditambah Dalam kes pengiraan nilai ditambah (tanpa barang import)

Nilai Ditambah = Nilai Barang Akhir

Jenis Keluaran

Keluaran

Nilai Keluaran (RM)

Nilai ditambah (RM)

Barang Perantaraan

Gandum

100

100 − 0 = 100

Barang Perantaraan

Tepung gandum

200

200 − 100 = 100

Barang Akhir

Roti

300

300 − 200 = 100

Jumlah (RM)

600

300

Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM300 (100 + 100 + 100), iaitu sama dengan nilai barang akhir, iaitu roti bernilai RM300.

Nilai barang perantaraan (barang yang perlu diproses selanjutnya) tidak dicampurkan untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali.


 

Dalam kes pengiraan nilai ditambah (dengan barang import)

Nilai Ditambah = Nilai Barang Akhir − Nilai Barang Import

Jenis Keluaran

Keluaran

Nilai Keluaran (RM)

Nilai ditambah (RM)

Barang Import

Gandum

100

100 − 100 = 0

Barang Perantaraan

Tepung gandum

200

200 − 100 = 100

Barang Akhir

Roti

300

300 − 200 = 100

Jumlah (RM)

600

200

Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM200 (100 + 100), iaitu sama dengan nilai barang akhir tolak nilai barang import (gandum), bernilai RM200 (300 − 100).

Nilai barang import (barang yang dibeli dari negara asing) ditolak kerana kaedah keluaran hanya mengambil kira nilai keluaran dalam negara sahaja.

Nilai ditambah dihitung untuk mengelakkan maslah pengiraan dua kali yang menjejaskan ketepatan data pendapatan negara.


 

Jadual Menunjukkan Penghitungan Pendapatan Negara Melalui Kaedah Keluaran

Sektor

RM juta

Pertanian, perhutanan dan perikanan
Perlombongan dan kuari
Perkilangan
Pembinaan
Elektrik, air dan gas
Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan
Perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran
Kewangan, insurans dan hartanah
Perkhidmatan awam
Perkhidmatan lain
Tolak: Bayaran perkhidmatan bank
Campur: Cukai import

1,200
800
1,500
1,000
700
800
600
500
1,800
900
800
1,000

keluaran Dalam Negara Kasar mengikut harga pasaran (KDNKhp)

10,000


Berdasarkan jadual, nilai KDNKhp sebanyak RM10,000 merupakan Pendapatan Negara bagi tahun berkenaan.


 


 

Penghitungan Pendapatan Negara Dengan Kaedah Keluaran

Di Malaysia, keluaran negara mengambil kira sumbangan nilai ditambah 10 sektor ekonomi mengikut 3 kategori :


 

Sektor Utama
Pertanian, perhutanan, dan perikanan.
Perlombongan dan kuari.


 

Sektor Peringkat Kedua
Perkilangan/ pembuatan
pembinaan


 

Sektor Peringkat Ketiga (Perkhidmatan)
Elektrik, gas dan air.
Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan.
Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran.
Kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan.
Perkhidmatan kerajaan.
Perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Jumlah nilai ditambah semua sektor ekonomi dalam negara bagi setahun dinamakan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNKhp). Penghitungan KDNKhp adalah mengikut harga tetap (KDNK benar).

KDNKhp Malaysia diperoleh apabila nilai ditambah semua sektor ekonomi dijumlahkan, kemudian ditolak bayaran perkhidmatan bank dan ditambah cukai import.

Bayaran perkhidmatan bank merupakan nilai barang perantaraan dalam sektor kewangan. Item ini ditolak untuk mengelakkan pengiraan dua kali.

Cuti import merupakan cukai tak langsung yang menaikkan harga pasaran bagi barangan keluaran. Item ini ditambah dalam penghitungan KDNKhp.

Kelebihan Kaedah Keluaran

  1. Dapat mengesan punca keluaran negara mengikut sektor ekonomi.
  2. Dapat membandingkan pencapaian setiap sektor ekonomi berdasarkan peratus sumbangannya kepada KDNK negara itu.
  3. Dapat menghitung kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan data KDNK benar.


 

Kaedah Pendapatan (Bayaran Faktor)


 

Konsep Kaedah Pendapatan

Pendapatan Negara dikira dengan menjumlahkan semua pendapatan faktor di sesebuah negara untuk tempoh setahun. Ini termasuk

  1. Gaji dan upah kepada buruh termasuk gaji bulanan, komisen, bonus dll.
  2. Sewa kepada tanah termasuk sewa kebun, sewa kilang, sewa rumah dll.
  3. Bunga bersih kepada modal termasuk faedah tabungan di bank perdagangan dan faedah sumbangan modal dalam perniagaan. Tidak termasuk bunga atas pinjaman kerajaan dan bunga atas pinjaman pengguna.
  4. Keuntungan kepada pengusaha syarikat.
  5. Pendapatan perusahaan persendirian kepada pengusaha kecil termasuk milikan perseorangan, perkongsian dan koperasi.


 

Bayaran pindahan tidak diambil kira kerana tidak bersifat produktif, iaitu tidak menyumbangkan sebarang barang dan perkhidmatan dalam kegiatan ekonomi.

Nilai pendapatan negara yang diperoleh dikenali sebagai Keluaran Negara Bersih pada kos faktor (KNBkf).


Kaedah Pendapatan jarang digunakan di sesetengah negara (termasuk Malaysia) kerana masalah pengumpulan maklumat.


 

Kaedah Perbelanjaan (Nilai Barang Akhir)


 

Konsep Kaedah Perbelanjaan

Pendapatan Negara dikira dengan menjumlahkan semua perbelanjaan ke atas keluaran negara yang dilakukan oleh pelbagai golongan pembeli. Ini termasuk :

  1. Perbelanjaan Penggunaan Awam oleh sektor kerajaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (G)
  2. Perbelanjaan Penggunaan Swasta oleh sektor swasta ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (C)
  3. Pembentukan Modal Tetap Kasar Awam (Pelaburan Awam) oleh sektor kerajaan ke atas mesin dan jentera. (I)
  4. Pembentukan Modal Tetap Kasar Swasta (Pelaburan Swasta) oleh sektor swasta ke atas mesin dan jentera. (I)
  5. Perubahan Dalam Inventori (Nilai stok simpanan yang belum dijual)(∆i)
  6. Eksport Bersih (Xn) = Eksport − Import
  7. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara
    YB = YL − BL

Nilai pendapatan negara yang diperoleh dikenali sebagai Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp)

KNKhp = C + I + G + X − M + ∆i + YB


 


 

Ulasan

  1. boleh tak terangkan mengapa KDNK boleh dikira sama ada dengan menggunakan faedah perbelanjaan atau pendapatan..terima kasih..

    BalasPadam
  2. kenapa aktiviti bawah tanah tidak dikira dalam aktiviti KDNK?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH