Catatan

KARANGAN KEMAHIRAN MENGANGGAR (LITERASI NOMBOR/LITERACY NUMERICAL)

Imej
Kemahiran menganggar merupakan satu kemahiran yang perlu ada dalam setiap diri individu. Saya menggunakan kemahiran menganggar dalam kehidupan seharian. Antara contoh kegunaan kemahiran menganggar dalam kehidupan saya ialah ketika saya memasukkan garam ke dalam masakan. Saya mengganggar berapa sudu yang saya perlukan untuk memastikan rasa masakan saya sesuai dengan kehendak selera. Dalam kemahiran ini saya melihat kuantiti masakan. Semakin banyak kuantiti masakan, semakin banyaklah jumlah garam yang saya perlukan. Saya sering bermain bola pada waktu petang. Saya menggunakan kemahiran menganggar iaitu dalam menganggar jarak bola hantaran kepada rakan sepasukan. Begitu juga ketika saya menjaringkan bola ke dalam gawang, saya akan mengganggar jarak antara bola dan gawang. Menganggar dapat membantu dalam memastikan bola yang dihantar tepat kepada sasaran yang hendak tujukan. Dalam keluasan padang yang sudah ditandakan dengan garisan-garisan seperti garisan kotak penalti, garisan tepi, gar...

Lagi 3,793 guru sandaran dilantik semula

Imej
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seramai 3,793 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) daripada baki 7,258 orang yang belum dilantik telah dilantik semula ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai lalu. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan pelantikan itu dibuat menerusi perjumpaan khas antara kementeriannya dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Kementerian Kewangan pada 30 Jun lalu. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Rosli Mohamed pada 1 Julai lalu. "Seramai 972 orang daripada kumpulan yang dilantik ini akan mengikuti latihan perguruan selama 18 bulan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Disember ini. "Seramai 2,821 yang lain akan mengikuti latihan perguruan di institut pendidikan guru (IPG) untuk sesi pengambilan Januari 2012,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluark...

Cegah konflik di Laut China Selatan

Imej
Konflik maritim berasaskan petroleum di Laut China Selatan adalah ancaman keselamatan yang sangat dikhuatiri di Asia Tenggara mutakhir ini. Oleh sebab itulah ASEAN sentiasa serius untuk menghindarkan kemungkinannya. Potensi tercetusnya konflik ini tidak mustahil bila sumber petroleum dunia kian pupus, penggunaan tenaga sejagat – terutamanya di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur – makin meningkat, kebergantungan Amerika Syarikat (AS) terhadap tenaga import pada tahun 2020 juga kian bertambah, dan punca tenaga alternatif pula terlalu mahal atau gagal memenuhi permintaan. Lantaran itulah Laut China Selatan dikategorikan sebagai salah satu flashpoint atau kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi yang mungkin mencetuskan konflik maritim berasaskan petroleum di abad ke-21. Ini kerana Laut China Selatan kaya dengan rizab petroleum. Menurut Energy Profile of South China Sea (17 Jun 2008), Laut China Selatan mempunyai rizab minyak ditaksirkan sebanyak 7 bilion tong, dan rizab g...

Murid 11 tahun menang esei untuk PM - TAHNIAH DARIPADA KAMI!

Imej
KUALA LUMPUR 24 Julai - Seorang murid tahun lima muncul antara enam pemenang pertandingan menulis poskad dan esei pendek dalam talian yang dianjurkan sempena hari lahir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke-58, semalam. Pija Shafiza, 11, dari Perlis ialah pemenang termuda pertandingan tersebut yang berkongsi kemenangan bagi kategori esei pendek bersama dua peserta dewasa, Yacob Pon Pon, 39, dan Lemuel Ong Chin Shan, 18. Pertandingan anjuran bersama Akademi Digital Rakyat (ADR) dan Yayasan Media Sosial Malaysia itu dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk ...

Safee Sali yakin skuad negara mampu mengalahkan Singapura pada perlawanan kedua Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia

Imej
Penggempur berbisa negara, Safee Sali yakin skuad negara mampu mengalahkan Singapura pada perlawanan kedua Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini. Safee yang meledak dua gol ketika Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura di Stadium Jalan Besar, kelmarin berkata, apa yang dilalui oleh pasukan negara ketika ini sama seperti ketika Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF, tahun lalu. "Saya yakin kita mampu mengalahkan Singapura apabila beraksi di padang sendiri sendiri nanti, ini kita telah buktikan pada Piala AFF apabila kita menang ke atas Vietnam dan Indonesia, " kata Safee. Mengulas kekalahan kelmarin, Safee mengakui barisan pertahanan negara terlalu longgar yang menjadi punca kemenangan Singapura. ...