Catatan

Wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaa Tun Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik,sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. Cabaran utama Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan ( The Way Forward ), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020: Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama se...

Tajuk : Alam Sekitar : Kemahiran Amali GRAF

  ( Gambarajah keluk/ garisan, carta bar dan carta pie)       OBJEKTIF AM   Mempelajari dan memahami bagaimana menggunakan beberapa bentuk graf untuk mempersembahkan data serta menerangkan kelebihan dan kelemahan tiap-tiap jenis graf.     OBJEKTIF KHUSUS   Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-   Menggunakan beberapa bentuk graf untuk mempersembahkan data: gambarajah keluk/ garisan, carta bar, carta pie / bulatan serta kelebihan dan kelemahan tiap-tiap jenis graf.                                      PENGENALAN   Carta gambarajah dan graf merupakan suatu kaaedah penggambaran yang berdasarkan penglihatan. Selain senang dan cepat diperlihatkan, penggambaran seperti ini juga bertujuan untuk memberikan gambaran secara menyeluruh terhadap keputusan yang diperolehi daripada data statistik. Penggambaran begini tidaklah bermaksud untuk memberikan gambaran secara terperinci terhadap keputusan yang diperolehi yang boleh ditunjukkan melalui penjadualan, tetapi penggambaran ini adalah ringk...