Catatan

SEJARAH AWAL PETEMPATAN MANUSIA

Imej
Pada zaman dahulu, manusia hidup secara nomad [glosari] . Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan. Petempatan awal mereka ialah gua , kawasan lapang dan di tepi sungai atau tasik .   GUA Pada peringkat awal, manusia telah memilih persekitaran gua sebagai tempat tinggal. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan. Gua Niah , Sarawak Antara petempatan awal manusia di negara kita ialah Gua Niah , Sarawak dan Gua Cha , Kelantan    KAWASAN LAPANG Manusia zaman dahulu juga tinggal di kawasan lapang. Mereka mula bercucuk tanam. Mereka juga masih berburu binatang. Mereka telah membina pondok-pondok sebagai tempat tinggal yang diperbuat daripada batang dan daun-daun po...

SELUSURI KERAJAAN SAMBAS, KALIMANTAN BARAT, BORNEO

Imej
- Asal keturunan Melayu Sarawak yang dikenali “Orang Urai/Uray” dan marga nama keluarga “Tan", “Raden” & “Mas” Di da lam menjejaki asal muasal keturunan Melayu Sarawak ini terlalu banyak yang harus diambilkira kerana asal bermulanya Melayu Sarawak itu agak kompleks berbanding dengan Melayu yang lain di Nusantara. Dan Melayu Sarawak juga mempunyai banyak marga nama keluarga yang diperturunkan mengikut nama sebelah ayahnya. Untuk artikel kali ini, Borneo Oracle akan memberikan ruang informasi tentang kaitan sebuah kerajaan kuno iaitu Kerajaan Sambas yang telah memperturunkan legasi Melayu Sarawak yang dikenali dengan nama Melayu Urai atau Orang Uray, Melayu Sarawak dengan marga nama keluarga “Tan” dan Melayu Sarawak dengan marga nama keluarga “Raden” dan “Mas”. Menyelusuri sejarah Kerajaan Sambas yang lokasinya sekarang terletak di Kabupaten Sambas provinsi Kalimantan Barat sebenarnya mempunyai satu sejarah kerajaan yang panjang. Mungkin ramai yang tidak ...

KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN

Imej
Definisi Kata tugas atau kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk memberi arahan kepada calon untuk menjawab soalan. Kata tugas yang betul amat penting supaya setiap soalan itu lebih jelas difahami oleh calon, apakah kehendak soalan yang sebenarnya. Oleh itu, calon lebih mudah untuk memberikan jawapan mengikut kehendak soalan. Kata tugas yang betul bagi sesuatu soalan ada hubungkaitnya dengan kesahan dan kebolehpercayaan soalan itu sendiri. Soalan yang mempunyai kata tugas yang tidak tepat boleh mengelirukan calon. Ini mendorongkan calon memberi jawapan di luar kehendak soalan. Berikut adalah kata tugas yang biasa digunakan digunakan serta respon yang diharapkan daripada calon : Bil. Kata Tugas Respon yang diharapkan 1 Anggarkan Memberi nilai kuantitatif berdasarkan pengiraan atau pertimbangan 2 Apakah Memberi maklumat yang khusus / spesifik 3 Bagaimanakah Mem...

Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya

Imej
Penulis : Sa b eri Pendi (Institut Pendidikan Guru Kampus Tun A bdul Razak, Kota Samara h an , Sarawak) Pengenalan Pada mutakhir ini, masih terdapat etnik yang mengalami pergolakan konflik yang telah berlarutan sejak bertahun yang lalu. Jika suatu ketika dahulu dunia digemparkan dengan konflik Bosnia Herzegovina, namun pada masa sekarang masih berlaku konflik etnik iaitu di Rakhine atau lebih tepat lagi di barat Myanmar. Mereka ialah Etnik Rohingya beragama Islam yang telah melalui pelbagai penindasan dan kekejaman pihak kerajaan Junta. Masalah mereka bukan sekadar perbalahan politik yang berlaku seperti di Mesir dan Syria, ia juga bukan sekadar perbalahan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha. Tetapi yang lebih besar ialah ia merupakan masalah penghapusan etnik bagi etnik Rohingya. Selama beberapa tahun etnik Rohingya telah menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan di bumi Myanmar. Mereka ditindas, dibunuh, tidak diberikan hak kemanusiaan dan lain-lain. Bantuan yang d...

PANDUAN PENULISAN RPH PJ - KATEGORI PERMAINAN

Imej

EMK-Elemen Merentas Kurikulum

Imej
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti  Bahasa, Sains dan Teknologi ,  Pendidikan Alam Sekitar ,  Nilai Murni  dan  Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu  Kreativiti dan Inovasi ,  Keusahawanan , serta  Teknologi Maklumat dan Komunikasi  dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam p...

PAK JAPID- PAHLAWAN SARAWAK MENENTANG JEPUN

Imej
Nama Allahyarham Pak Japid, mungkin tidak segah pahlawan Rosly Dhobi, Sharif Masahor dan Rentap. Hanya masyarakat awal di Daerah Simunjan yang mengetahui sejarah perjuangan serta sifat beraninya menentang penjajahan Jepun. Sikap beraninya menentang penjajah tetap segar diingatan mereka walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu. Semua ini dilakukan demi kepentingan bangsa dan tanah air serta tidak mahu melihat Jepun terus bertapak dan bermaharajalela. Mustapha Affendi Bujang Ahi, 70 menyifatkan Pak Japid seorang yang berani dan pejuang Melayu tulen yang harus dijulang seperti pahlawan yang lain.  Pak Japid dikatakan memberontak menentang Jepun apabila ditangkap kerana enggan meminjamkan perahu kepada Jepun, ini kerana pada masa itu hanya Pak Japid memiliki perahu besar atau dikenali "perahu bandung" dalam kalangan penduduk. Oleh kerana tidak tahan dengan sikap tentera Jepun yang bertindak kasar terhadap penduduk, beliau bangun memberontak untuk menentang Jepun.  Ol...