SEJARAH AWAL PETEMPATAN MANUSIA



Pada zaman dahulu, manusia hidup secara nomad [glosari].
Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara
berkumpulan.
Petempatan awal mereka ialah gua,
kawasan lapang dan di tepi sungai atau tasik.
 
GUA
Pada peringkat awal, manusia telah memilih persekitaran gua sebagai tempat tinggal. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan.
Gua Niah, Sarawak
Antara petempatan awal manusia di negara kita ialah Gua Niah, Sarawak
dan Gua Cha, Kelantan
  

KAWASAN LAPANG
Manusia zaman dahulu juga tinggal di kawasan lapang. Mereka mula bercucuk tanam. Mereka juga masih berburu binatang. Mereka telah membina pondok-pondok sebagai tempat tinggal yang diperbuat daripada batang dan daun-daun pokok.

Petempatan awal kawasan lapang di negara kita termasuklah Kota Tampan, Perak dan Tingkayu, Sabah

PINGGIRAN SUNGAI
ATAU TASIK

Selain persekitaran gua dan tanah lapang, petempatan awal manusia ialah di pinggiran sungai [glosari] atau tasik. Mereka boleh mendapatkan sumber air. Selain berburu binatang dan memungut pucuk-pucuk daun, mereka dapat menangkap ikan.







Ulasan