URBANISASI DI MALAYSIA

Urbanisasi di Malaysia
Urbanisasi di Malaysia berlaku dengan pelbagai cara antara nya melalui pertambahan bilangan bandar-bandar baru. Kawasan yang sebelom ini merupakan luar bandar akan berkembang membentuk sebuah bandar. selain itu program pembangunan wilayah yang bermula pada tahun 1970.

Selain itu penubuhan bandar-bandar satelit di pingir bandar juga dianggap sebagai bandar-bandar baru. Pada tahun 1990-an konsep bandar baru industri telah diperkenalkan Melalui rancangan estet perindustrian bandar-bandar industri ini mula dirancang dan diwujudkan antara nya adalah Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan dan Bandar Baru Senawang di Selangor



Urbanisasi di Era 1990-an dan abad ke-21



perindustrian tidak dapat dipisahkan daripada Urbanisasi ianya kerana kedua-dua aspek ini saling berkaitan dalam perkembangan sesebuah bandar. Kepadatan dan ketepuan bandar raya Kuala Lumpur telah mewujudkan beberapa fenomena urbanisasi seperti

i) rebakan bandar,

ii) konurbasi,

iii) masalah kesesakan,

iv) masalah pembentungan

v) masalah penempatan setingan.

pelbagai alternatif telah dilaksaankan oleh kerajaan dalam mengatasi fenomena-fenomena ini. Pinggir bandar yang berpontensi akan dimajukan dan dibangunkan menjadi bandar setelit atau bandar baru yang lengkap dan moden.

Kawasa di sekitar kuala Lumpur seperti Selayang, Sungai Way, Cheras telah membentuk bandar satelit dan kawasan-kawasan seperti Bandar Baru Nilai dan Senawang pula muncul sebagai bandar industri.

melalui dasar penyelerakkan industri ke desa, bandar-bandar baru yang berasaskan industr turut dirancang dan dibina. seperti bandar baru kertih di Kemamam Terenganu terbentuk hasil daripada Industrigas asli da MEC City di Gambang Kuantan Pahang dirancang sebagai bandar industri yang berasaskan eletronik.

abad ke-21 Malaysia mula memasuki era teknologi maklumat(IT). Perkembangan sesebuah bandar di Malaysia pada ketka ini ditentukan oleh jaringan internet, e-mel, sistem komputer, dan sistem telekomunikasi canggih yang menjadi medium utama untuk menyebarkan inovasi-inovasi baru berkaitan dengan urbanisasi. Projek Koridor raya Multi Media ( MSC) menjadi model dan pemankin utama untuk mewujudkan bandar-bandar baru seperti Cyber Jaya di Selangor.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH