Kemahiran Geografi : Jadual dan Graf


PETA KONSEP


Jenis-jenis Graf Palang

Data adalah maklumat-maklumat berbentuk angka yang dikumpulkan setelah membuat kajian tentang sesuatu perkara.

Untuk membolehkan data dibaca dan mudah difahami, data-data perlu disusun semula dalam bentuk jadual.

Berdasarkan jadual, pelbagai jenis graf palang boleh dihasilkan.


Contoh:-


Gred Mata Pelajaran Geografi


2000


2001


2002


Gred A

63

75

80

Gred B

48

54

65

Jumlah

111

129

145


Jadual menunjukkan bilangan gred A dan gred B bagi mata pelajaran Geografi dari tahun 2000-2002, di sekolah P.

Melukis Graf Palang Berganda

terdapat dua palang dalam satu himpunan.

(a)

lukiskan garisan menegak dan garisan melintang

(b)

garisan menegak mewakili bilangan gred dan garisan melintang mewakili tahun. Labelkan kedua-dua garisan ini.

(c)

Tentukan skala bagi garisan menegak iaitu 1 cm mewakili 10.

(d)

Bagi garisan melintang, bahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahun 2000, 2001 dan 2002.

(e)

Tandakan nilai-nilai bilangan gred A dan gred B bagi tahun 2000 – 2001 dalam graf dan lukiskan palang-palang.

(f)

Bezakan palang gred A dan palang gred B dengan lorekan yang berlainan.

(g)

Lengkapkan graf dengan petunjuk dan tajuk.

(h)

Buat tafsiran berdasarkan graf palang berganda yang dihasilkan.


Melukis Graf Palang Majmuk

mempunyai beberapa bahagian dalam satu palang.

(a)

lukiskan garisan menegak dan melintang dan labelkan.

(b)

Tentukan skala.

(c)

Bahagikan garisan melintang kepada tahun-tahun 2000, 2001 dan 2002.

(d)

Lukiskan palang biasa untuk menunjukkan jumlah gred A dan gred B bagi setiap tahun.

(e)

Bahagikan setiap palang kepada dua bahagian mengikut jumlah setiap jenis gred pada tahun yang berkenaan.

(f)

Perkara yang paling banyak di wakili oleh palang di bahagian bawah. Dalam contoh ini , jumlah gred A ditandakan dahulu dan diikuti oleh jumlah gred B.

(g)

Lengkapkan graf dengan lorekan, petunjuk , tajuk dan buat tafsiran.


Melukis Graf Palang Mendatar

dilukis secara mendatar.

(a)

Lukiskan garisan menegak dan garisan mendatar.

(b)

Garisan menegak mewakili tahun dan garisan melintang mewakili bilangan sekolah.

(c)

Tentukan skala.

(d)

Untuk garisan menegak, bahagikan kepada 3 bahagian untuk tahun.

(e)

Tandakan nilai-nilai pada graf dan lukiskan palang-palang secara mendatar.

(f)

Lengkapkan graf dengan lorekan, petunjuk , tajuk dan buat tafsiran.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH