NOTA SEJARAH KSSR TAHUN 4 : ZAMAN PRASEJARAH


ZAMAN PRASEJARAH


Apa itu ?
-      Zaman sebelum wujud sistem tulisan.
 
Bagaimana kita tahu ?
-      Melalui kajian arkeologi oleh ahli sejarah.
Penemuan bukti dan artifak.
-

Bila ?
-      Zaman prasejarah terbahagi kepada 4 zaman :-
-      A) Zaman Paleolitik (20 ribu – 40 ribu tahun lalu)
-      B) Zaman Mesolitik (10 ribu tahun lalu)
-      C) Zaman Neolitik (5 ribu tahun lalu)
-      D) Zaman Logam (2 ribu 500 tahun)


4 Zaman PraSejarah


PALEOLITIK





Apa beza dengan zaman lain ?
- Hidup di dalam gua
- menggunakan batu sebagai senjata dan alatan.
- pandai menghidupkan api (menggunakan batu)
- alatan batu yg asas sahaja.
- kehidupan memburu dan mengutip hasil hutan.
- pindah randah.
Wujud di Malaysia?
- Ya, di Perak, Sabah & Sarawak.



MESOLITIK
Ciri?
-      Senjata yg lebih baik. Lebih halus buatan.
-      Pandai membuat panah & anak panah.
-      Masih tinggal di gua dan  berhampiran sungai.
-      Tinggal berhampiran sungai untuk mendapatkan bekalan air, aktiviti menangkap ikan
-      Memburu dan mengutip hasil hutan.




NEOLITIK

Ciri tempat tinggal


-  pandai membuat pondok untuk berteduh.
 - tinggal di kawasan lapang.
Ciri masyarakat?
- Mempunyai ketua dan tugas ahli kumpulan.
Pekerjaan mereka?
- memburu binatang, mengutip hasil hutan, bercucuk tanam.
Selain itu?
- pandai bertukar barang (barter).
- pandai buat tembikar spt periuk (tanah liat)
Ada di?
Gua Cha (Kelantan)




LOGAM
Kenapa nama logam?
-      Manusia sudah pandai mencipta alat dari logam (besi & gangsa)
Bila?
-      2500 – 4000 tahun lalu.
Ciri kehidupan?
-      Pandai membina rumah yang lebih kukuh/ baik berbanding zaman sebelum ini.
-      Pandai jinak binatang.
-      Mencipta senjata (kapak, mata lembing) daripada besi
Kebudayaan?
-      Menjadikan manik sebagai hiasan.
-      Loceng gangsa
Kepercayaan?
-      Adat resam
-      Menanam mayat dengan kepingan batu.
 Lokasi?
-      Sg. Tembeling, Pahang
-      Lembah Bernam, Selangor
-      Gua Harimau, Perak


Ubahsuai :  Cikgu Saberi bin Pendi
Sumber :
www.kssr-sejarah.blogspot.com by fadzliosman @skkemahangCBA3012



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH