PEMABAHAGIAN KERJA

PEMBAHAGIAN TUGAS :

-Penggunaan konsep ini dalam sosiologi mula dikemukakan oleh Emile Durkheim.

-Pembahagian kerja menurut Durkheim bukan diertikan sebagai pembahagian kerja dan fungsi ekonomi [seperti yang difahami oleh ahli ekonomi] …

…sebaliknya pembahagian kerja melibatkan seluruh struktur masyarakat yakni pembezaan sosial yang meliputi bukan sahaja pengkhususan dalam bidang ekonomi tetapi juga dalam bidang sosial, politik, pentadbiran dan lain-lain.

-Manusia yang hidup dalam masyarakat primitif biasanya menanam makanan mereka sendiri, mendirikan rumah sendiri sebaliknya manusia dalam masyarakat moden sangat bergantung kepada orang lain untuk hidup.

-Menurut Durkheim, pembahagian kerja adalah fenomena penting dalam masyarakat kerana ia dapat menjalinkan perhubungan di kalangan masyarakat dan seterusnya mewujudkan perpaduan sosial.

-Pembahagian kerja juga dikatakan tidak semestinya menghasilkan perpaduan [kadangkala pembahagian kerja wujud dalam bentuk tidak normal – contohnya pembahagian kerja bercorak anomi]

-Anomi berlaku apabila pengkhususan melampau diikuti dengan runtuhnya perhubungan antara orang yang menjalankan pelbagai tugas.

-Oleh kerana kurangnya persefahaman & komunikasi, hubungan antara individu menjadi renggang.

-Satu lagi bentuk pembahagian tugas secara tidak normal ialah pembahagian tugas secara paksa apabila masyarakat dipaksa melakukan pekerjaan yan tidak sesuai/ tidak disukai [sistem kasta dan kelas merupakan faktor utama mewujudkan pembahagian kerja secara paksa].

-Sebaliknya ahli sosiologi Comte,

berpendapat pembahagian kerja

asalnya mempupuk perpaduan

dengan mewujudkan suatu

keadaan saling bergantungan

tetapi perbezaan dari segi

kepentingan, kepercayaan dan nilai akibat daripada pembahagian tugas yang bertambah akan menimbulkan konflik dan perpecahan di kalangan anggota masyarakat.

-Spencer pula berpendapat keadaan sosial yang saling bergantungan yang wujud akibat daripada pembahagian kerja akan mengurangkan berlakunya perpecahan sosial.

-Karl Marx pula menganggap pembahagian kerja sebagai satu faktor yang menimbulkan konflik dan memecah-belahkan masyarakat.

-Dari segi individu, pembahagian kerja [dikilang misalnya] yang memerlukan latihan khas/ kemahiran tertentu – individu ini akan mengembangkan satu aspek kebolehan sahaja.

-Ini bermakna potensi dan kebolehannya tidak dapat diperkembangkan sepenuhnya – ini akan membawa kesan psikologi yang negatif kepadanya.

-Pengkhususan yang melampau dan terlalu banyak penggunaan alat-alat jentera menyebabkan pengangguran secara besar-besaran.

-Ini akan menimbulkan kesan sosial yang buruk/ negatif

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH