GEMEINSCHAFT DAN GESELLSCAFT

-Istilah ini mula digunakan oleh seorang ahli sosiologi Jerman, Ferdinand Tonnies.

- Dari segi hubungan sosial, gemeinschaft [ komuniti ] merangkumi interaksi sosial yang melibatkan hubungan primary yang rapat dan bersemuka, di mana tradisi dan matlamat yang sama wujud.

- Gesellschaft merujuk kepada hubungan sosial yang lebih spesifik, impersonal dan instrumental.

- Hubungan sosial yang terlibat adalah secondary dan hanya melibatkan sebahagian daripada individu dalam suatu kumpulan.

- Dari segi jenis masyarakat, gemeinschaft adalah masyarakat yang mempunyai hubungan sosial berasaskan kepada ikatan kekeluargaan & ikatan persahabatan yang rapat.

- Gesellschaft adalah jenis masyarakat yang mempunyai hubungan secondary yang lebih kuat. Ikatan sosial lebih bercorak sukarela, contractual & berdasarkan kepada kepentingan diri sendiri.

- Max Weber mengaitkan kedua-dua konsep dengan proses integrasi pelaku ke dalam komuniti atau masyarakat.

- Apabila proses integrasi mengakibatkan gemeinschaft/ komuniti asas untuk komuniti ialah perasaan kekitaan yang dialami oleh ahli-ahlinya, satu perasaan yang motivasinya bercorak tradisi.

- Kalau proses integrasi mewujudkan gesellschaft/ masyarakat, motivasi tingkah laku sosial lebih melibatkan perkiraan atau hubungan kepentingan.

- Gemeinschaft merujuk kepada masyarakat pra-industri

- manakala gesellshaft mewakili masyarakat yang telah mengalami proses perindustrian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH