GURU

  • GURU SEBAGAI SATU PROFESION
  • Profesion
    • Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan
    • oleh orang yang berpendidikan tinggi atau
    • mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang
    • cukup bermutu.
    • Contoh: keguruan, peguaman, akauntan,
    • perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan
    • perniagaan.
  • Ciri-ciri Profesion
  • Ciri-ciri Profesion
  • Konsep Perguruan Dan Keguruan
    • Perguruan = pengajaran kepada guru pelatih, murid dan sebagainya.
    • Keguruan = perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru .
  • Konsep Profesion Perguruan Dan Keguruan
    • Profesion perguruan = pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas.
    • Profesion keguruan = satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat.
  • Keguruan sebagai satu profesion
    • Pekerjaan penting
    • Bersifat autonomi
    • Memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas
    • Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan
    • Mengutamakan perkhidmatan
  • Keguruan Bukan Satu Profesion
    • Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza
    • Kuasa Kesatuan
    • Keseragaman ahli Kesatuan
    • Kuasa Autonomi
    • Bidang ikhtisas yang lain
  • Konsep Profesional dan Bukan Profesional
    • Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan.
      • Perguruan, menurut Kamus Dewan (1989), adalah diertikan sebagai PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya.
      • Manakala, perkataan keguruan boleh diertikan sebagai PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru.

      • maka, profesion perguruan: pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas.
      • profesion keguruan: pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.
      • Keguruan dalam konsep profesional.
      • mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan.
      • mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah.
      • menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya.

      • pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara.
      • guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan.
      • Keguruan dalam konsep bukan profesional.
      • pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen, majalah, buku-buku dan sebagainya.

      • kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan.
      • autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah.
      • kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya.
      • bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.
  • Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia
    • etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.
    • setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing.
    • setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA.
    • justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing.

    • kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion.
    • tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.
    • setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut:
      • tanggungjawab terhadap pelajar;
      • tanggungjawab terhadap ibu bapa;
      • tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan
      • tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
  • Etika
    • Suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.
    • Meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.
  • Kod Etika
    • Memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion.
    • Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.
  • (a) Tanggungjawab terhadap Pelajar
    • Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
    • Bersikap adil terhadap setiap pelajar
    • Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar
    • Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik
    • Membimbing atau mengajar seseorang pelajar
  • (b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa
    • Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa
    • Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
    • antara institusi pendidikan dengan rumah tangga
    • Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi
    • kepentingan anak-anak mereka
    • Mengelakkan diri daripada menggunakan atau
    • dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu
    • bapa pelajar.
    • Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau
    • melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan
    • pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
  • (c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara
    • Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama
    • Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
    • Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat
    • Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara
  • (d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Kegurua n
    • Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru
    • Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
    • Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan
    • Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
  • Akauntabiliti Guru
    • ' akauntabiliti' = bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu.
    • Konsep akauntabiliti
      • satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.
    • Akauntabiliti keguruan
      • tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.
      • akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.
  • Kebaikan Akauntabiliti
    • Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah
    • Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar
    • Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru.
    • Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah.

  • Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah
    • Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid.
    • Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya
    • Kaedah mengajar yang terkini dan canggih
    • Perhubungan sosial yang baik .
    • Kawalan disiplin yang berkesan
  • Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah
    • Membina satu program perkembangan ko- kurikulum yang dinamik
    • Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik
    • Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah
  • Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku
    • Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
    • Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat
    • Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana
    • Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan
    • memelihara penampilan diri
    • Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang
    • mengawal emosi ketika mengajar
  • Akauntabiliti Guru terhadap Murid
    • Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid
    • Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil
    • Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
    • Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa.
    • Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran
  • Akauntabiliti Guru terhadap Profesion
    • Menjadi ahli kesatuan guru
    • elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan
    • elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas , dan politik
    • Selalu bersedia membantu rakan sejawat
    • elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya
  • Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti
    • Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara
    • Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial
    • Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat
    • Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat
    • Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH