BANK NEGARA MALAYSIA (BANK PUSAT)

Sebagai bank pusat Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan pihak berkuasa monetari yang mengawal selia sistem kewangan dan ekonomi negara. Ditubuhkan pada 26 January 1959, di antara objektif penubuhannya adalah:  

Menggalakkan kestabilan monetari dan struktur kewangan negara yang kukuh

Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan


Menerbitkan mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata wang tersebut

Mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara ini


 

Bank Negara Malaysia diketuai lapan ahli Lembaga Pengarah. Ahli ex-officio Lembaga ini termasuk Gabenor, Timbalan Gabenor dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Gabenor merupakan pengerusi Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengarah ini dikehendaki bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Peranan dan tanggungjawab Bank Negara Malaysia sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa. Kini, Bank Negara Malaysia memberi tumpuan kepada 3 tunggak peranan bank pusat, iaitu kestabilan monetari, kestabilan kewangan dan sistem pembayaran. Di samping itu, Bank Negara Malaysia juga memainkan peranan yang penting dari segi pembangunan pengurusan ekonomi, pembinaan institusi dan sistem kewangan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH