PROJEK CADANGAN STESEN MINI KAJI CUACA IPGKTAR


Kajian luar merupakan salah satu komponen penting dalam disiplin Geografi Persekitaran yang didedahkan kepada pelajar-pelajar PISMP Semester 2. Teori yang dipelajari di bilik kuliah yang disampaikan oleh para pensyarah akan dimantapkan lagi melalui kerja praktikal di lapangan yang akan meningkatkan lagi pemahaman pelajar tentang aspek alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang saling berkaitan.

Bersesuaian dengan keperluan Pro Forma Kursus ini ianya menuntut pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang perlu diterokai. Oleh itu perolehan kemahiran dan pengetahuan ini tidak terhad melalui pembelajaran dalam bilik kuliah sahaja tetapi juga membuat praktikal atau pun kerja lapangan di luar. Maka unit pengajian sosial, mencadangkan untuk membina stesen mini kaji cuaca di IPGKTAR. Atas sokongan kuat daripada Ketua Jabatan Pn. Hjh. Adibah Bt. Ismail serta kelulusan daripada Yang Berbahagia Pengarah En. Rijeng AK Jahet, kami daripada pihak pensyarah dan pelajar PISMP Ambilan Januari 2011 merakam setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas sokongan padu daripada pihak pentadbir.

Dengan adanya aktiviti seperti ini adalah diharap dapat :

i. membina satu stesen mini kaji cuaca Jabatan Kajian Sosial bagi memenuhi keperluan kurikulum PISMP.
ii. memantapkan pemahaman pelajar tentang antara teori yang dipelajari dalam bilik kuliah dengan kerja praktikal di lapangan.
iii. berjaya melaksanakan satu projek secara berpasukan di institut.

Projek ini telah dilaksanakan pada 13 April 2011, ada 2 orang pensyarah Unit Pengajian Sosial yang terlibat ialah En. Mazlan Hj. Junaidi dan En. John Brodi dan dibantu oleh 7 orang pelajar PISMP Major Pengajian Sosial Semester Satu.

Sumber :http://ipgmktar.edu.my/

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu