Pemilihan Hutan Kerangas di Taman Negara Bako Sebagai Kawasan Kajian









Pemilihan Taman Negara Bako amat bersesuaian dengan kajian kerana mempunyai Hutan Kerangas. Hutan Kerangas merupakan hutan yang terbesar di Taman Negara Bako. Hutan Kerangas termasuk dalam jenis Hutan Hujan Tropika (Hutan Khatulistiwa) yang terdapat di kepulauan Borneo, Semenanjung Malaysia,dan Sumatera.

Hutan Kerangas merupakan hutan yang paling luas kawasannya di Taman Negara Bako. Melihat kepada peta di atas, kawasan Hutan Kerangas meliputi kawasan yang agak tinggi dan berbukit. Faktor ini menyebabkan Hutan Kerangas menjadi kawasan yang kekurangan air dan suhu yang agak tinggi iaitu mampu mencapai suhu 32°C. Suhu inilah mempengaruhi keterdapatan beberapa spesies flora di kawasan ini selain daripada tanih.
Keterdapatan flora tertentu di Hutan Kerangas yang bersesuaian dengan bentuk muka bumi di hutan tersebut. Hutan ini kekurang nutrient untuk flora terus hidup di sini kerana tanah yang kering dan pasir berasid serta berbatu. Oleh hal yang demikian, hidupan di hutan ini mempunyai cara tersendiri untuk terus hidup dan mendapatkan nutrient.
Keterdapatan fauna juga dapat menggambarkan kesukaran hidupan untuk pengadaptasian. Fauna di kawasan ini kebanyakan terdiri daripada serangga-serangga kecil seperti semut, kerengga, dan mentadak serta tarantula.
12.00 <!--> Normal 0 false 21 false false false MS X-NONE X-NONE
Periuk kera terpaksa bergantung kepada cara sendiri tanpa bergantung seratus peratus kepada tanah untuk terus hidup. Keunikan daun periuk kera yang dapat memerangkap serangga dan menukar serangga menjadi nutrient apabila serangga tersebut reput di dalam daun tersebut untuk terus hidup. Habitat Hutan Kerangas menyebabkan hanya flora tertentu dapat hidup di hutan ini.
Begitu juga dengan pokok Johannesteijsmannia altifrons yang tumbuh di kawasan ini. Pokok ini mempunyai kelebihan pada daun yang agak lebar dan tinggi dalam memastikan kemampuannya untuk melakukan proses fotosintesis walaupun tumbuh di lantai hutan.
Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)



Manakala pokok-pokok di hutan ini hidup juga mempunyai cara tersendiri untuk terus hidup disebabkan tanah yang berasid tinggi yang mengandung hidrogen besi toksik. Hidrogen besi toksik ini menjadi penghalang dan masalah kepada pengadaptasian spesies flora termasuk fauna di hutan ini. Pokok ini mempunyai nodul atau bintil akar yang mampu menarik nitrogen dari udara. Nodul atau bintil akar adalah sejenis bakteria iaitu Rhizobium japonicum. Kemampuan bintil ini menarik nitrogen adalah seiring dengan usianya. Kemampuan bintil ini untuk menarik nitrogen sebaliknya akan menurun jika pokok mengeluarkan bunga, buah atau biji.
Hutan ini mempunyai flora yang kebanyakan ketinggiannya 23 hingga 30 meter pada aras rendah dan pada aras yang agak tinggi kebanyakan flora berketinggian 12 meter. Jarak antara setiapa flora adalah agak jarang berbanding hutan-hutan lain di Taman Negara Bako.
Flora di hutan ini bertambah sukar untuk terus hidup bila tiba musim kemarau yang panjang. Ini memberi kelebihan kepada sesetengah jenis flora untuk terus hidup seperti periuk kera yang dapat nutrient daripada serangga dan mampu menakung air. Musim kemarau yang mempunyai suhu yang agak panas dan kekurangan air menyebabkan hanya beberapa spesies flora yang mampu hidup di hutan ini.
Kesimpulannya, Hutan Kerangas hanya dapat diadaptasi oleh beberapa jenis hidupan flora dan fauna disebabkan tanahnya yang kering,berasid tinggi dan berpasir dan suhu yang tinggi pada musim kemarau (musim panas).



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH