SEJARAH BAHAGIAN SAMARAHAN

WalaupunSamarahan menjadi sebuah Bahagian hanya beberapa tahun yang lalu, namunia mempunyai sejarah awal yang ulung. Di Daerah Serian terdapat GuaSireh yang pernah diduduki oleh manusia purba pada Zaman Batu, ZamanBatu Baru dan Zaman Besi kira-kira 21,000 tahun yang lalu. Pendudukpurba ini meninggalkan bukti-bukti seperti tembikar, kulit siput,manik, tanah perkuburan dan lukisan batu. Penemuan hampas padi padatembikar membuktikan penanaman padi dan beras sebagai bahan makananpada masa pra-sejarah.
MenandangkanSamarahan berdekatan dengan Kuching (Sarawak pada asalnya) yangmempunyai sejarah yang besar dan berterusan, maka kesannya ke atasSamarahan adalah sangat jelas sejak awal lagi.
Kuching (Sarawak) mewarisi bukti-bukti sejarah awal di Samtubong yangterletak di salah sebuah loba Sungai Sarawak. Penyelidikan arkeoligitelah menemui bekas tapak kuil, lomggokan tahi besi dan ribuan serpihantembikar yang agak luar biasa menjadikannya sebuah tapak arkeologiterbesar di Malaysia. Kajian ke atas penemuan ini menunjukkan bahawaSantubong telah menjadi sebuah kota-pelabuhan dari abad ke-7 hinggaabad ke-4.
Datu Merpati Jepang mungkin boleh disifatkan sebagai mengasaskota-pelabuhan Santubong dan cerita Puteri Santubong dan peperanganyang berlaku dengan Puteri Sejinjang mungkin boleh ditafsirkan satupeperangan yang memusnahkan tamadun di Santubong. Ekoran dari itumungkin Datu Merpati Jepang telah melarikan diri bersama pengikutnya kepedalaman. Di Kampung Mawang Taup terdapat sebuah tugu diperbuatdaripada batu yang digelar oleh penduduk di situ sebagai Batu DatukMerpati.
Ketiadaan peninggalan sejarah di Santubong selepas abad ke-14 besarkemungkinan berlakunya perpindahan ke tempat lain. Selain dari ke LidahTanah, penduduk santubong mungkin juga telah berpindah ke kawasanSamarahan. Penyelidikan arkeologi lembah Sungai Sadong menunjukkankemungkinan beberapa penempatan awal. di Bukit Berhala telah ditemuisebuah nadi dan patung lembu yang menunjukkan wujudnya agama Hindu,kepercayaan terawal seperti yang terdapat pada zaman kerajaan tuaSrivijaya dan Majapahit pada abad ke-7. Penyelidikan susulan kemudianmenemui ribuan serpihan tembikar di Gedong dan Bukit Sandong.



Kajian ke atas tembikar ini menunjukkan kewujudan pusat perdagangan awal dariabad ke-14hingga abad ke-17. Pada tahun 2005 longokan tembikar telahditemui di Benat dan pada tahun 2008 orang awam telah menjumpai ketulemas di Gumpey. Semua ini membuktikan bahawa Samarahan merupakansebuah kawasan yang sentiasa menarik perhatian manusia zaman awal. Dengan sejarah awal yang sangat menonjol Samarahan mungkin telahberkembang dan akhirnya menjadi sebuah Negeri. Dalam hubungan inibuktinya terdapat dalam sebuah manuskrip tulisan JAwai berjudul AlamatZaman ketakhtaan negeri Baruni:
"...Danpada masa ratu melaka diatas kerajaan negeri/juhur awang alah betatarberisteri ke juhur ialah digalarkan awang alak betatar/ada seri sultanmuhd dan saudaranya patih berbai jadi bendahara/seri maharaja permaisuara digalar dn pengiringnya yang lain itu digalardamang/temenggong da patih damong. Bermacam2 nama pengawadan/dianugerahi oleh/baginda di Juhur empat menteri dan ngaskar/danganbabarapa dayang2nya dianugerahi nobat nagaragenta alamat serta/sakalianalat2 kerajaan yang berbaga-bagai dan dianugerahi...buah nagari iaituKalaka dan/Saribas dan Rajang dan Sadong dan Samarahan dan/Sarawakkarana di pulau ... Juhur pun memarintah juga ialah/..."
Dalam sejarah Brunei Awang alak Betatar ialah raja yang pertama dantelah memeluk agama Islam dengan nama Sultan Muhamad. Baginda dikatakantelah mula memerintah Brunei pada tahun 1364. Pada masa inilah NegeriSamarahan beserta beberapa negeri lain telah dinaugerahkan kepadaKesultanan Brunei. Jelaslah bahawa Samarahan yang bermula denganbeberapa pusat petempatan awal di sepanjang Sungai Sadong telahberkembang menjadi entiti politik tersendiri sebagai sebuah negeri.
Di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, Samarahan menjadi sebuahjajahan yang penting. Lembah /sungai Sadong merupakan sebuah kawasantanah subur yang sesuai untuk pertanian, khususnya penanaman padi.Gedong yang terletak hampir di pertengahan sungai telah menjadi sebuahpusat pentadbiran sehingga mungkin nama Gedong itu asalnya dariperkataan gedung, pusat pengumpulkan hasil dan barangan yang melaluiSungai Sadong. Sebagai sebuah negeri, Samarahan turut menghantarberbagai cukai dan hasil kepada sultan setiap tahun.
Pengiran Indera Mahkota Muahamad Salleh

Sehubungan dengan itu ramai juga orang Melayu Brunei telah berpindahdan tinggal di Samarahan, termasuk juga orang-orang bangsawan. Diantaranya ialah Pengiran Kasuma Yuda Pengiran Sharifuddin yang mangkatpada tahun 1832, ayahanda kepada Pengiran Indera Mahkota MuahamadSalleh, wakil Sultan di Kuching/Sarawak yang menentang James Brooke,telah mangkat dan dinamakamkan di Kampung Gumpey yang terletak dekatdengan Gedong. Di Muara Tuang terdapat sebuah makam Pengiran Anak Sabtu.
Kesultanan Brunei telah memerintah Negeri Samarahan, seperti jugakawasan lain di utara Borneo, selama lebih dari 500 tahun. PemerintahanKesultanan Brunei berakhir apabila perbalahan di antara Pengiran InderaMahkota Muahamad Salleh dengan Raja Muda Hashim tercetus pada akhirtahun 1841. Dengan menggunakan persenjataan yang lebih canggih padaketika itu, James Brooke dan rakan-rakannya telah membantu Raja MudaHashim menundukkan pemberontakan tersebut. Ekoran daripada itu beliautelah diberikan jajahan Kuching/Sarawak, dari Tanjung Datu hingga KualaSungai Samarahan pada tahun 1846.
Dengan satu perjanjian pada tahun 1853 Samarahan dan Sadong telahdiserahkan kepada James Brooke oleh Sultan Omar Ali Saiffudin. NegeriSarawak di bawah Tuan Besar James Brooke hendaklah membuat bayarantahunan $1500 sebagai gantian kepada kehilangan cukai dan ufti.Perjanjian ini hanya disahkan pada tahun 1855. Pada tahun 1861 satulagi perjanjian dibuat dan kali ini James Brooke hendaklah membayarsebanyak $4500 setahun. Tidak lama selepas ini Samarahan dan Sadongdiletakkan dalam Bahagian Kuching/Sarawak di mana pusat pentadbiranterletakl di bandar Kuching/Sarawak.
Di bawah kerajaan Brooke, pada tahun 1901 Daerah Sadong telah dibentukmerangkumi kawasan Simunjan (Lower Sadong) dan Serian (Upper Sadong)dengan Simunjan sebagai pusat pentadbiran. Pada tahun 1955, Seriantelah dipisah dari Daerah Sadong dan wujud menjadi sebuah daerah baruyang dinamakan Daerah Serian. Setelah itu, Daerah Sadong telah diberinama baru iaitu Daerah Simunjan.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)


Musim berlalu dan masa beredar, pelbagai perubahan telah berlaku danbeberapa bahagian telah diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran danpengurusan negeri Sarawak. antaranya adalah Bahagian Samarahan.
BahagianSamarahan telah diwujudkan pada 24.7.1986 dengan menggabungkan tigadaerah iaitu Simunjan, Serian dan Samarahan. Sebelum 24.7.1986, DaerahSimunjan, Serian dan Samarahan adalah di bawah Bahagian Kuching.Mengikut sejarah, Daerah simunjan telah wujud pada tahun 1901 danDaerah Serian dibentuk pada tahun 1955. Semasa di bawah BahagianKuching, Daerah Samarahan adalah sebuah daerah kecil yang dikenalisebagai Muara Tuang. Sejajar dengan perkembangan dan kehendak semasa,Daerah keicl Muara Tuang telah dinaiktaraf kepada sebuah daerah penuhpada 19.8.1983 dan dinamakan Daerah Samarahan. letak di Kota Samarahan.

Sesuaidan selari dengan perubahan ini, Pekan Muara Tuang telah dinamakan KotaSamarahan. Beberapa tahun selepas itu, pada 1.1.2002, Daerah KecilAsajaya (Nonok) dan Daerah Kecil Sadong Jaya (Pendam), masing-masing dibawah Daerah Samarahan dan Daerah Simunjan, telah disatukan dandinaiktaraf menjadi sebuah daerah penuh dan digelar Daerah Asajaya.Mulai 1.1.2002, Bahagian Samarahan mempunyai empat daerah iaitu,Simunjan, Serian, Samarahan dan Asajaya dan dua daerah kecil iaituSebuyau dan Tebedu.
Dengan pengwujudan Bahagian Samarahan, Daerah Kecil Sebuyau yangdahulunya di bawah Sri Aman (Bahagian Kedua), telah diletakkan di bawahDaerah Simunjan memandangkan kemudahan perhubungan dan komunikasidengan Simunjan adalah lebih baik kalau dibandingkan dengan Sri Aman.Semua bandar utama di daerah-daerah telah dihubungi dengan jalanrayaberter dan ini telah memudahkan pergerakan penduduk untuk berurusandengan Pejabat Residen yang ter
Selainitu, perhubungan jalanraya yang telah memudah dan meningkatkanpergerakan barang-barang perdagangan ke luar Samarahan dan jugamembantu mewujudkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain misalnya ladangkelapa sawit.
Keluasan Bahagian Samarahan adalah 4,967.45km persegi dengan pendudukberbilangan kaum seramai 219,300 orang pada anggaran tahun 2006.Mengikut daerah, Daerah Samarahan mempunyai keluasan 407.08km persegidengan penduduk seramai 48,000, Daerah Serian mempunyai keluasan2,039.89km persegi dengan penduduk seramai 82,000, Daerah Simunjanmempunyai keluasan 2,217.67km persegi dengan penduduk seramai 38,000dan Daerah Asajaya mempunyai keluasan 302.81km persegi dengan pendudukseramai 29,000 orang.
Ketika pengwujudan, Bahagian Samarahan tidaklah begitu membangun danmaju. Pada hari ini, 21 tahun kemudian, Bahagian Samarahan sedangmembangun dengan cepat dan pesat dan Kota Samarahan sebagai pusatpentadbiran bahagian dikenali sebagai Bandar Ilmu. Sesuai denganjolokan Bandar Ilmu, di Kota Samarahan terletaknya Universiti MalaysiaSarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut PendidikanGuru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samrahan dan InstitutLatihan Perindustrian dan juga beberapa pusat latihan yang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH