Bergurau Juga Sunnah

SUMBER : Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Q : Assalamu’alaikum Ustaz.. Apakah hukum bergurau dalam Islam..?

A : Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.. Bergurau juga adalah suatu fitrah kita para hambaNya Allahu Rabbi. Kita diberi perasaan untuk girang bersama ahli keluarga dan kenalan. Apatah pula dengan bergurau itu menzahirkan hubungan yang mesra.. Asalkan tidak melampaui batas antara bukan muhrim, bergurau sepanjang masa tanpa hent

i, berkait hinaan agama dan bertujuan untuk bermusuh-musuhan..

Q: Apakah Rasul kita juga pernah bergurau..?

A : Ya, baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah ‎bergurau dengan para sahabat. Maka ianya juga adalah suatu sunnah asalkan memenuhi dengan syarat seperti dijelaskan sebelum ini.

Q: Apakah ada dalam sejarah yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bergurau..?
A : Sudah tentu.

Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه,

“Suatu hari, Zahir, seorang lelaki kampung (badwi) memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun membalas bekalan kepadanya ketika ia hendak pulang. Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda;

“Zahir adalah orang badwi yang merupakan sebahagian dari kita, dan kita adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya.”

Rasulullah صلى الله عليه وسلم amat menyenangi Zahir, meskipun beliau tidak memiliki wajah yang rupawan. Suatu ketika, Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendatanginya ketika dia sedang menjual barang dagangan.

Baginda صلى الله عليه وسلم mendakap Zahir dari belakang.
Zahir tidak dapat melihat siapa yang mendakapnya seraya berkata;

“Siapa ini..? Lepaskan aku!”

Kemudian Zahir menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mengetahui hal itu, Zahir terus berusaha agar belakangnya menyentuh dada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, kemudian baginda صلى الله عليه وسلم berkata ;

“Siapakah yang hendak membeli budak ini..?”

Hadith Riwayat | At Tirmidzi | Ahmad | Abdurrazzaq | Abu Ya’la | Baihaqi | Bagawi

Begitulah Rasulullah bergurau senda dengan para sahabatnya.. Gambaran ini menunjukkan para alim ulama juga bersahabat dan bergurau seperti sunnahnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Hasan Al Basri meriwayatkan:

“Seorang perempuan tua telah datang kepada Nabi Muhammad, lalu berkata;

“Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga.”

Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Wahai ibu fulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga.”

Lalu menangislah si perempuan tua itu. Dengan segera Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Khabarkan kepada perempuan itu bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua.”

Lalu dibacakan firman Allah :

إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa

فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

Al Quran | Surah Al Waqi’ah | Ayat 35 – 37

Hadith Riwayat | At Tirmidzi | Ath Thabrani

Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم bergurau tetapi dengan kebenaran..

Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga pernah bergurau dalam satu riwayat;

“Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه ,

Seorang lelaki meminta kenderaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku akan membawamu di atas anak unta betina.

Lalu orang itu berkata:

“Apa yang dapat saya buat di atas anak unta betina? ”

Baginda صلى الله عليه وسلم menjawab:

“Bukankah yang melahirkan Al-Ibbal (unta jantan tua) itu hanya unta betina iaitu ibunya dan unta jantan tua itu ialah anaknya”.

Hadith Riwayat | At-Tirmidzi

Lihatlah bagaimana mesranya baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan para sahabatnya.. Maka berguraulah dengan adab-adab dan demi meraikan ukhwah serta menzahirkan kemesraan namun penuh rasa kehormatan..

Dipetik dari Qhazanah

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH