3 murid dihalang duduki UPSR mula ambil peperiksaan

BINTANGOR 4 Okt. - Tiga murid Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor yang dihalang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada awal bulan lalu, mula mengambil peperiksaan tersebut di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Meradong di sini pagi ini.
Edward Ujoh Ausgutine, Idie Ganyol serta Richmend Mangi dilihat memasuki PPD Meradong kira-kira pukul 7.30 pagi dengan ditemani ibu bapa masing-masing.
Ketiga-tiga murid tersebut akan menduduki ujian Bahasa Malaysia Kertas I pada pukul 8.15 pagi diikuti Bahasa Malaysia Kertas II dan Matematik Kertas I.
Gambar hiasan
Esok, tiga murid berkenaan akan menduduki ujian Matematik Kertas II dan Bahasa Inggeris Kertas I manakala Bahasa Inggeris Kertas II dan Sains Khamis ini. - Utusan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu