Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Datuk Patinggi Temenggong

Petrajaya, 4 Okt.-Kami Pengajian Sosial 1111 (bimbingan pensyarah : Cik Mastura binti Jolhi) mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak telah menghadiri Majlis Mengenang Jasa Tokoh Negarawan : Tun Tugah anjuran Arkib Negara di Perpustakaan Negeri Sarawak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri beliau serta dihadiri oleh keluarga mendiang Tun Jugah. Majlis ini disertakan dengan penyerahan barangan Tun Jugah untuk disimpan di Arkib Negara.

Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah
Program : Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan MendiangTun Datuk Patinggi Temenggong Jugah Anak Barieng
Tarikh : 4 Oktober 2011 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 petang
Tempat : Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak


Program ini berkonsepkan penghayatan tokoh dengan memfokuskan kepada sumbangan Mendiang Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah Anak Barieng bermula dari pembentukan Malaysia hinggalah keakhir hayatnya.

Objektif:
-Memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia mengenali Tokoh Negarawan - Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah Anak Barieng.
-Mendorong dan menggalakkan pelbagai lapisan rakyat untuk bersama-sama menghargai dan menjiwai jasa-jasa Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temnggong Jugah Anak Barieng.
-Meningkatkan perasaan kebersamaan dan bersatu padu di kalangan masyarakat 1Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Cik Alya Faeeqah atau Pn. Norzihan di talian 082 - 442000 ext: 221/226 atau email alyafh©sarawaknet.gov.my / norzihaa©sarawaknet.gov.my.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH