Tamadun Yunani


Tamadun Yunani

Empayar Yunani mengandungi 150 negara kota yang dikenali sebagai "acropolis" dan "polis".Athens dan Sparta merupakan negara kota penting yang menjadi asas Tamadun Yunani dan ia diamalkan di Athens dan rakyatnya merupakan orang pertama membentuk demokrasi di dunia.Demokrasi bermakna 'pemerintahan oleh rakyat'.Ciri-ciri demokrasi di Athens ialah :

Semua warganegara lelaki mengambil bahagian dalam politik

Mereka membincang dan meluluskan tindakan pemeintah di Dewan Perhimpunan

Perhimpunan ini tidak boleh disertai oleh perempuan dan hamba

Perhimpunan tetap diadakan sebulan sekali

Semua undang-undang diluluskan dalam perhimpunan ini

Rakyat akan memilih pemerintah melalui pilihan raya

Terdapat tiga badan utama dalam sistem demokrasi Athens iaitu :

Majlis Perhimpunan

Anggotanya semua rakyat lelaki berumur lelaki 21 tahun ke atas

Majlis Eksekutif

Dilantik oleh Majlis Perhimpunan

Melaksanakan undang-undang dan mengawal kewangan

Majlis Kehakiman

-Rakyat lelaki menjadi juri dan hakim

Philip II dari Makedonia telah menyatukan seluruh Yunani antara tahun 382 SM - 336 SM.Beliau digantikan oleh anaknya , Iskandar Zulkarnain (Iskandar Agung) pada tahun 336 SM.Beliau telah memperluaskan empyaranya ke Asia Kecil , Mesir , Lembah Indus dan Parsi.Kemangkatan beliau pada tahun 323 SM telah menyebabkan empyarnya berpecah.

Orang Yunani banyak menyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi dunia.Antara ahli sains dan matematik yang terkenal di zaman Yunani ialah Archimedes , Pythagoras dan Hippocrates.Antara sumbangan Archimedes ialah :

menyumbangkan idea dalama bidang fizik dan matematik

Pengasas prinsip pengapungan atau specific gravity

Pengasas ilmu statik dan mekanik (kapi dan tuil)

Pencipta Hukum Archmedes

Menemui cara mengira luas dan isipadu bentuk-bentuk seperti sfera , silinder dan kon.

Sumbangan-sumbangan Pythagoras pula meliputi :

Mengembangkan prinsip-prinsip geometri

Mengasas kan teoram Pythagoras

Berpendapat dunia adalah bulat

Manakala sumbangan-sumbangan Hippcrates pula ialah :

Berpendapat penyakit disebabkan faktor-faktor semulajadi

Menulis peraturan perubatan yang dikenali dengan 'Sumpah Hippocrates'

Diberi gelaran Bapa Perubatan

Kesusasteraan berkembang dengan terciptanya tulisan , kertas dan alat pencetakan .Perkembangan kesusasteraan Yunani adalah mengikut revolusi masa.Ia bermula dengan sastera jenis epik diikuti oleh puisi lirik , drama dan sejarah.Sastera klasiknya yang terkenal ialah Illiad dan Oddysey yang ditulis oleh Homer.Illiad mengisahkan peperangan orang-orang Yunani dengan Troy.Oddysey pula mengisahkan pengembaraan Oddysey selepas kekalahan Troy.Pindar ( 518 - 438 SM) merupakan penyair Yunani yang terkemuka.Dramatis yang terkenal ialah Aeschylus (525 - 456 SM) , Sopholes (496 - 406 SM) dan Euripedes (480 - 406 SM).Antara drama-drama yang terkenal ialah The Persians , Prometheus Bound , Antigone , The Trojan Women dan Oedipus.Herodotus (484 - 425 SM) digelar Bapa Sejarah kerana beliau adalah orang pertama menulis sejarah mengikut kronologi.

Ahli falsafah Yunani adalah pengasas pemikiran manusia secara rasional.Antara sophist yang terkenal ialah Socrates , Plato dan Aristotle.Dalam bidang pendidikan , tokoh-tokoh Yunani yang terkemuka ialah Herodotus , Thucydides , Eratosthenes dan Ptolemy.

Herodotus telah menghasilkan buku 'History of The Persian Wars'.

Thucydides (455 - 400 SM) merupakan pengasas sejarah saintifik.

Eratosthenes (276 - 195 SM) telah mengira lilitan bumi.Ptolemy (100 - 170 TM) telah memperkenalkan kaedah membuat peta.Ahli sains dan matematik yang terkenal ialah Thales , Pythagoras , Archmedes , Democritus , Hipparchus , Hippocrates dan Herophilus.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH