Keanjalan Permintaan Dan Keanjalan Penawaran

1.   Pengenalan.

 
 

Program ulangkaji kita pada kali ini akan membincangkan tajuk keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran. Ia merupakan tajuk kedua dalam sukatan pelajaran baru. Fokus ulangkaji kita untuk tajuk ini adalah berkenaan dengan:

 
 

a) Konsep keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan penawaran.

b) Menghitung nilai keanjalan dengan menggunakan rumus.

c) Membezakan darjah keanjalan permintaan dan penawaran.

d) Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan dan penawaran.

e) Hubungan antara keanjalan permintaan dengan hasil jualan (jumlah hasil).

 
 

 
 

2.   Konsep keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan penawaran.

 
 

Perubahan kuantiti barang yang diminta boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti perubahan harga barang itu sendiri, perubahan harga barang lain dan perubahan pendapatan pengguna.

 
 

Keanjalan permintaan harga boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti diminta bagi sesuatu barang terhadap perubahan harga barang itu sendiri. Keanjalan permintaan silang pula boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti diminta bagi sesuatu barang terhadap perubahan harga barang lain. Seterusnya, keanjalan permintaan pendapatan boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti barang diminta terhadap perubahan pendapatan pengguna.

 
 

Keanjalan penawaran pula boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran tindak balas kuantiti ditawarkan sesuatu barang terhadap perubahan harga barang itu sendiri.

 
 

 
 

3.  Menghitung nilai kenajalan

 
 

Keanjalan permintaan harga boleh dihitung dengan menggunakan rumus.

 
 

 
 

(keanjalan lengkuk)  

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

(keanjalan titik) 

  
 

Nilai keanjalan permintaan harga yang diperolehi adalah negatif. Ini hanya menunjukkan terdapatnya hubungan songsang diantara harga dengan kuantiti.

Nilai keanjalan ini menunjukkan kesan perubahan harga sebanyak 1 unit terhadap perubahan kuantiti barang yang diminta
(keanjalan titik)Keanjalan permintaan silang pula dihitung dengan menggunakan rumus,

 
 

Es = % perubahan kuantiti barang X diminta   

         % perubahan harga barang Y (barang lain)

 
 

Nilai keanjalan silang yang diperolehi mungkin negatif, positif atau 0. Nilai keanjalan ini boleh digunakan untuk mengelaskan barang seperti berikut:

Nilai Es

Contoh barang

Negatif

Positif

Sifar

Pengganti

Penggenap

Tiada kaitan

Manakala keanjalan permintaan pendapatan boleh dihitung dengan menggunakan rumus,

 
 

Ey = % perubahan kuantiti diminta

         % perubahan pendapatan

 
 

Nilai keanjalan pendapatan yang diperolehi boleh digunakan untuk mengelaskan barang, seperti berikut: 

Nilai Ey

Contoh barang

Ey = 0

1>   Ey > 0

Ey > 1

Ey < 0

Barang mesti

Barang normal

Barang mewah

Barang bawahan

  
 

3.      Darjah keanjalan permintaan dan penawaran.

 
 

Darjah keanjalan permintaan boleh di kategorikan kepada lima iaitu,

 
 

Darjah keanjalan

Nilai Ed

Implikasi

Gambarajah

 
 

1.Tidak anjal sempurna atau sifar

 
 

Ed = 0

 
 

Kuantiti tidak berubah

walaupun harga berubah.

   


   

 
 

 
 

 
 

2. Tidak anjal atau kurang anjal

 
 

 
 

 
 

   

 
 

 
 

 
 

1 > Ed > 0

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

   

 
 

 
 

 
 

% perubahan kuantiti diminta kurang daripada % perubahan harga.

 
 

 
 

 
 

   

 
 

 
 

 
 

 
 

3. Anjal satu atau uniti

 
 

 
 

 
 

 
 

   

 
 

 
 

 
 

Ed = 1

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

   

 
 

 
 

 
 

% perubahan kuantiti diminta sama dengan %     perubahan harga.

 
 

 
 

 
 

   

 
 

 
 

 
 

 
 

4.   4. Anjal atau

5.   lebih anjal

 
 

 
 

 
 

 
 

   

 
 

 
 

 
 

¥ > Ed > 1

 
 

 
 

 
 

 
 

   

 
 

 
 

 
 

% perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada % perubahan harga.

 
 

 
 

   

 
 

 
 

5. Anjal sempurna atau infiniti

 
 

Ed = ¥

 
 

Pengguna hanya membeli pada harga yang ditetapkan

 
 

    
 

   
 

 
 

4. Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan

 
 

a) Wujudnya barang pengganti

Lebih banyak barang pengganti, permintaan barang adalah lebih anjal.

 
 

b) Sifat barang.

Jika barang adalah barang mesti, permintaan barang adalah tidak anjal.

c). Bahagian pendapatan yang dibelanjakan untuk barang.

Jika sebahagian besar pendapatan digunakan untuk perbelanjaan, permintaan barang lebih anjal.

 
 

d) Masa.

Lebih lama jangka masa diperlukan untuk pengubahsuaian terhadap permintaan, permintaan barang lebih anjal.

 
 

e). Kepelbagaian kegunaan barang.

Jika barang mempunyai lebih kepelbagaian kegunaan barang, permintaan barang lebih anjal. 

 
 

5.  Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran.

 
 

a) Kos pengeluaran tambahan.

Tambahan pengeluaran yang mengakibatkan tambahan kos pengeluaran yang tinggi, penawaran barang tidak anjal.

 
 

b). Corak penggunaan faktor pengeluaran.

Jika pengeluaran barang memerlukan faktor pengeluaran yang khusus, penawaran barang tidak anjal.

 
 

c) Masa.

i.          Jangka masa yang singkat, pengeluaran tidak boleh ditambah. Oleh itu penawaran barang adalah tidak anjal sempurna.

ii.         Jangka masa pendek, penambahan barang adalah terhad. Oleh itu penawaran barang adalah tidak anjal.

iii.        Jangka masa panjang, faktor pengeluaran boleh berubah dengan mudah. Oleh itu penawaran adalah lebih anjal.

 
 


 

6.      Hubungan antara keanjalan permintaan dengan jumlah hasil.

Hubungan tersebut boleh diterangkan melalui gambarajah berikut;

           
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH