PERANCANGAN SEBELUM MEMBUAT KAJIAN LUAR/KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI (ALAM SEKITAR FIZIKAL)


 

Langkah-Langkah Menjalankan Kajian Luar


 

  1. Menentukan tajuk/isu kajian
  2. Pemilihan kawasan kajian
  3. Membuat tinjauan
  4. Menentukan kaedah kajian
  5. Menyediakan peralatan & bahan kajian
  6. Menentukan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian
  7. Persiapan logistik
  8. Menjalankan kajian di lapangan
  9. Memproses dan menganalisis data
  10. Menyediakan laporan


 

1.Pemilihan Kawasan

  • Hendaklah merujuk kepada kesesuaian dengan tempat yang dipilih spt.yang terkandung dalam sukatan pelajaran.
  • 4 sistem: Sistem Geomorfologi

Sistem Atmosfera

Sistem Hidrologi

Sistem Ekologi

2. Pemilihan Kawasan

  • Merangkumi unsur fizikal dan manusia.
  • Faktor jarak dan masa.
  • Aspek keselamatan.
  • Keluasan kawasan kajian.
  • Ciri-ciri kawasan.


     


 


 

3. Peralatan & Kegunaan

A.Alat aras Abney atau Klonemeter Suuntoo


-Digunakan untuk merekod ketinggian sesuatu poin.

B.Pancang jajar

-Digunakan untuk menjajar pengukuran linear spt.mengukur profil

C.
Pita ukur

-Digunakan untuk kerja-kerja pengukuran jarak.

D.
Alat GPS (Global Positioning System)

-Digunakan untuk menetukan letakan,ketinggian dan arah.

E.
Peta topografi

-Digunakan untuk menentukan lokasi dan membuat peta lakar sesuatu kawasan kajian.

F.
Termometer Sixes,tolok hujan,anemometer,alat pelindung Stevenson dan Barometer


-Digunakan untuk mengukur unsur-unsur cuaca spt.sukatan hujan,suhu dan kelembapan udara.

G.
Kamera

-Digunakan untuk merakam gambar sebagai bukti dan bahan sokongan kajian.

H.
Higrometer Putar & Air Suling


-Digunakan untuk merekod suhu kering dan suhu basah dan mengira kelembapan bandingan.


 


 

4. Kaedah Kajian

  • 2 sumber : (i) Sumber Sekunder

(ii) Sumber Primer

  • Sumber Sekunder: cth:Laporan dari Jabatan Perangkaan,Jabatan Meteorologi,Jabatan Alam Sekitar..dsb.
  • Sumber Primer: Diperoleh di lapangan melalui kaedah pemerhatian,pencerapan,pengukuran,

senarai semak,temu bual & kaji selidik.


 

4.Kaedah kajian

  • 3 tahap: (i) Sebelum ke lapangan

(ii) Semasa di lapangan

(iii) Selepas kerja-kerja lapangan

  • (i) Sebelum ke lapangan(dilakukan oleh guru)
  1. Menentukan sistem atau tema kajian.
  2. Memilih lokasi kajian.
  3. Tinjauan awal.
  4. Pemilihan tajuk.
  5. Pengurusan surat menyurat.
  6. Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi.
  7. Penyediaan pengangkutan & guru pengiring.
  8. Persediaan peralatan dan instrumen.
  9. Taklimat kepada pelajar.

4. Kaedah kajian

  • (ii) Semasa di lapangan
  1. Pelajar perlu melakukan pemerhatian,pencerapan & pengukuran thdp.perkara-perkara berikut:
  2. Ciri-ciri alam sekitar fizikal
  3. Punca yang menyebabkan impak alam sekitar.
  4. Faktor yang mempengaruhi proses-proses fizikal dan aktiviti manusia..dsb.

4. Kaedah kajian

  • ) Selepas kerja-kerja lapangan
  1. Menyusun dapatan (data dan maklumat)
  2. Memproses maklumat-mentafsir,menganalisis,membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh.
  3. Mempersembahkan data dan maklumat-jadual,graf,carta dan rajah.
  4. Merumus dan mempersembahkan hasil kajian.


 

5.Penyediaan Laporan Kajian Luar

  • Penyediaan Laporan : Secara individu.
  • Setiap laporan harus mengandungi perkara-perkara yang berikut:
  1. Pengenalan
  2. Tujuan kajian
  3. Lokasi kajian
  4. Kaedah kajian
  5. Hasil kajian dan perbincangan

Penutup

Azmeer bin Musa,Douvislynda anak Sumol,Elfi Syahrul bin Materang,Faten Errana binti Abu Bakar,Felix Rapin anak Stephen Johnson,Florence anak Richard Ambam

(PPISMP709PS)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH