Kesalahan Umum Tatabahasa


 

  1. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri
  2. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan
  3. Kesalahan dalam Penjodoh Bilangan
  4. Kesalahan dalam Kata Sendi
  5. Kesalahan dalam Kata Kerja
  6. Kesalahan dalam Kata Hubung
  7. Kesalahan dalam Perbendaharaan Kata
  8. Kesalahan dalam Penggunaan Hukum D-M


 

Kesalahan Umum Tatabahasa


 


 


 


 

Kesalahan Umum Tatabahasa


 


 

1. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri


 

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.


 

Contoh :


 

  1. kata ganti diri orang pertama: saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita, dan hamba.
  2. Kata ganti diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku, dan dikau.
  3. Kata ganti diri orang ketiga : ia, dia, mereka, baginda, beliau, dan -nya.


 

Di antara kata-kata ganti diri ini, ada yang membawa maksud tunggal (satu) dan ada yang membawa maksud jamak (lebih daripada satu). Setiap kata ganti diri mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan.


 

1.1) Contoh Kesalahan.


 

Beliau ditangkap kerana mencuri. (salah)

Dia
ditangkap kerana mencuri. (betul)


 

Analisis :


 

Kata beliau
hanya boleh digunakan khusus untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, pegawai, menteri dan sebagainya.


 


 

1.2 ) Contoh Kesalahan.


 

Mereka-mereka
adalah pelajar yang dedikasi. (salah)

Mereka
adalah pelajar yang dedikasi. (betul)


 

Analisis :


 

Kata ganti diri ketiga mereka
sudah menyatakan pengertian jamak. Oleh itu tidak sesuai kata mereka
dijamakkan lagi menjadi mereka-mereka.

1.3) Contoh Kesalahan.


 

Kasut ini mahal. Ia
diimport dari Perancis. (salah).

Kasut ini mahal. Kasut ini diimport dari Perancis. (betul) atau

Kasut ini mahal kerana diimport dari Perancis. (betul)


 

Analisis :


 

Kata ganti diri boleh digunakan hanya untuk manusia sahaja.


 


 

1.4) Contoh Kesalahan.


 

"Perlawanan petang ini penting untuk kami," kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih. (salah)

"Perlawanan petang ini penting untuk kita," kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih. (betul)


 

Analisis :

Kami bererti "saya dan dia" apabila bercakap dengan orang kedua. Orang yang kita ajak bercakap tidak disertakan. Kita pula bererti "anda dengan saya" atau "anda dengan kami". Orang yang kita ajak bercakap disertakan.


 

2 Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan


 

Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Kata bilangan digunakan untuk menghitung sesuatu. Kata bilangan terbahagi kepada tujuh jenis iaitu :


 

  1. Kata bilangan tentu seperti dua, tiga, seratus, seribu dan sebagainya.
  2. Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, segala, semua dan sebagainya.
  3. Kata bilangan pisahan seperti setiap dan tiap-tiap.
  4. Kata bilangan pecahan seperti suku, setengah, tiga perlima dan sebagainya.
  5. Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, berjenis-jenis, kedua-dua, berpuluh-puluh dan sebagainya.
  6. Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.
  7. Kata bilangan tanya iaitu berapa.


 

2.1) Contoh Kesalahan.


 

Berbagai
jenis minuman terhidang di atas meja itu. (salah)

Berbagai-bagai
(atau Pelbagai) jenis minuman terhidang di atas meja itu. (betul)


 


 


 

Analisis :


 

Kata bilangan berbagai
tidak sempurna bentuknya. Gunakan berbagai-bagai
atau pelbagai.


 

2.2) Contoh Kesalahan.


 

Setengah
orang masih tidak memahami Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. (salah)

Setengah-setengah
(atau Sesetengah) orang masih tidak memahami Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. (betul)


 

Analisis :


 

Kata bilangan setengah
tidak boleh disingkatkan kerana maknanya separuh atau seperdua.


 

3. Kesalahan dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan


 

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk kata nama atau benda konkrit. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sama dengan kata bilangan yang tertentu seperti para, segala, sekalian, semua, sebahagian, setengah, dan sebilangan. Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.

3.1) Contoh Kesalahan


 

Atlit itu mempunyai sebuah
cita-cita untuk mendapat pingat emas. (salah)

Atlit itu mempunyai cita-cita untuk mendapat pingat emas. (betul)


 

Analisis :


 

Penjodoh bilangan hanya boleh digunakan bersama-sama dengan kata bilangan konkrit.


 

3.2) Contoh Kesalahan.

Setiap orang warga negara perlu menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara. (salah)

Setiap warga negara perlu menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara. (betul)


 

Analisis :

Penjodoh bilangan hanya boleh digunakan bersama-sama dengan kata bilangan konkrit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH