Proses pembentukan kata


 

2.2.1 Pengimbuhan


 

2.2.1.1 Imbuhan kata nama


 

Imbuhan kata nama ialah imbuhan yang menerbitkan perkataan tertentu golongan nama. Imbuhan-imbuhan ini dibantu fungsinya melalui kedudukan perkataan terbitannya pada kedudukan namanya dalam ayat bahasa Melayu. Biasanya perkataan ini berfungsi sebagai subjek atau objek dalam ayat-ayat aktif transitif. Awalan yang boleh membentuk kata nama ialah :


 

  1. awalan pe-
  1. awalan ke-
  2. awalan se-
  3. awalan juru


 

i) awalan pe-


 

Semua perkataan yang diimbuhkan dengan awalan pe- termasuk dalam golongan nama. Awalan pe- mempunyai enam bentuk iaitu pe-, pem-, pen-, peny-, peng-, dan penge-.

  1. Fungsinya


 

Awalan pe- boleh diimbuhkan dengan bentuk dasar golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas untuk membentuk nama terbitan tertentu.


 

Contoh pe- dengan kata nama :

pekebun

pekedai

pesawah

pekilang

Contoh pe- dengan kata kerja :

pembawa

pemukul

pembaca

petunjuk


 

Contoh pe- dengan kata adjektif :


 

pemurah

pesakit

pemutih


 

Contoh pe- dengan kata keterangan :


 

penyudah

pengurang


 

Contoh pe- dengan kata tugas :


 

penyebab

penyatu


 

ii) Awalan ke-


 


Awalan ke- adalah awalan kata nama kerana perkataan-perkataan yang diterbitkan dengan ke- khusus berupa perkataan kata nama.


 

Contoh :


 

ketua ( orang yang menjadi pemimpin )

kekasih ( orang yang dikasihi )

kekanda ( kakak atau abang )

kerangka ( benda yang berangka )


 


 

iii) Awalan se-


 


Awalan se- adalah awalan yang menerbitkan kata nama. Awalan se- berasal dari perkataan satu yang telah dipendekkan menjadi awalan yang membawa maksud satu kepada kata dasar yang diimbuhkannya. Awalan se biasanya diimbuhkan dengan penjodoh bilangan.


 

Contoh :


 

sebuah

sebatang

seekor

sebutir

sepucuk


 

iv) Awalan juru


 

Awalan juru dapat berfungsi sebagai awalan kata nama. Juru bermaksud ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar golongan kata nama, kata kerja dan kata akar.


 


 

Contoh awalan juru dengan kata nama :


 

Juruwang

Jurubahasa


 


 

Contoh awalan juru dengan kata kerja :


 

jurukira

jurucakap

jurujual

juruterbang

juruselam


 

Contoh awalan juru dengan akar kata :


 

jurutera

jurumudi


 


 

2.2.2 Pemajmukan


Pemajmukan adalah cantuman dua atau lebih perkataan yang bebas dalam satu binaan dengan mempunyai makna yang khas dan tertentu iaitu makna yang tidak berkaitan antara perkataan-perkataan yang membinanya.


 

Contoh :


 

kapal terbang

balai raya

air batu

bulan madu


 


 

Rangkaikata berbeza dengan kata majmuk kerana rangkaikata tidak mempunyai makna yang khas dan maknanya berkaitan antara satu dengan yang lain.


 


 

Contoh :

air sungai ( air yang terdapat di sungai )

tahi lalat ( tahi yang dikeluarkan oleh lalat )

rumah putih ( rumah yang berwarna putih )


 

2.2.3 Penggandaan


 

Proses yang menggandakan kata dasar atau sebahagian diulang ialah proses penggandaan dalam bahasa Melayu. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar boleh juga digandakan secara berentak. Tiga jenis penggandaan ialah :


 

  1. penggandaan penuh
  2. penggandaan separa
  3. penggandaan berentak


 

  1. Penggandaan penuh


 

Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar tanpa sebarang perubahan termasuk yang mengandungi imbuhan.


 

Contohnya :


 

budak-budak

sekolah-sekolah

rumah-rumah

rendah-rendah

kereta-kereta


 

  1. Penggandaan separa


 

Proses yang menggandakan sebahagian dari kata dasarnya biasanya sukukata dan bentuknya ditentukan oleh sukukata awal atau sukukata akhir kata dasar yang diulang itu.


 

Contohnya :


 

sesemut

lelabi

lelangit

sesungut

lelaki

jejari


 


 

Contoh penggandaan sukukata akhir :


 

segala-gala

berlari-lari

mencari-cari

sepandai-pandai


 


 


 

  1. Penggandaan berentak


 

Proses penggandaan yang boleh jadi berentak suku atau berentak bunyi. Penggandaan berentak suku bermaksud hanya sukukata sahaja yang diulang, sama ada sukukata awal atau sukukata akhir yang diulang.


 

Contoh :


 

batu-batan

bukit-bukau

sampah-sarap

kayu-kayan

mandi-manda


 

Contoh sukukata akhir yang diulang :


 

anak-pinak

hutang-piutang

kuih-muih

suka-duka

selok-belok

sayur-mayur

saudara-mara


 


 

Dalam penggandaan berentak bunyi, yang diulang ialah bunyi-bunyi konsonan yang ada pada kata dasar tetapi bunyi-bunyi vokalnya berubah dalam bentuk ulangan.


 

Contoh :


 

gunung-ganang ( u kepada a )

gopoh-gapah ( o kepada a )

suku-sakat ( u kepada a )

cucu-cicit ( u kepada i )

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH