Morfologi


 

  1. Definisi Morfologi
  2. Bidang Morfologi


 

Morfologi


 

1. Definisi Morfologi


 

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.


 

2. Bidang morfologi


 

Bidang morfologi meliputi aspek :

2.1 Bentuk kata

2.2 Proses pembentukan kata

2.3 Golongan kata


 


 

2.1 Bentuk kata

2.1.1 Kata tunggal

2.1.2 Kata terbitan

2.1.3 Kata majmuk

2.1.4 Kata ganda


 

2.2 Proses pembentukan kata

2.2.1 Pengimbuhan

2.2.2 Pemajmukan

2.2.3 Penggandaan


 

2.3 Golongan kata

2.3.1 Kata nama

2.3.2 Kata kerja

2.3.3 Kata adjektif

2.3.4 Kata tugas


 

2.1 Bentuk kata


 

2.1.1 Kata tunggal


 

Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.


 

2.1.1.1 Kata tunggal satu suku kata


 

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad, iaitu kira-kira 500. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing, terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris.


 


 


 


 


 

Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut :


 

  1. KV
  2. VK
  3. KVK
  4. KKVK
  5. KVKK
  6. KKKV
  7. KKKVK


 

Contohnya :


 

  1. KV

    yu, ru, ya


     

  2. VK

    Am


     

  3. KVK

    cat, bah, tin, bin, sen, lap, roh, dan.


 

  1. KKVK

    stor, pruf, dril, gred, skel, brek, krim, trak, draf, dram, skor, skop.


     

  2. KVKK

    teks, bank, volt, harp, kord, seks, zink, golf


     

  3. KKKV

    skru.


 

  1. KKKVK

    skrip, straw, strok, skrin.


 


 


 

2.1.1.2 Kata tunggal dua suku kata


 

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti yang berikut :


 

1. V + KV 7. KV + VK

2. V + VK 8. KV + KV

3. V + KVK 9. KV + KVK

4. VK + KV 10. KVK + KV

5. VK + KVK 11. KVK + KVK

6. KV + V


 

Contoh :


 

  1. V + KV

    aku (a+ku), apa (a+pa), itu (i+tu), ubi (u+bi).


     

  2. V + VK

    air, aur, ais.


     

  3. V + KVK

    adik, emas, ubat, ikan, izin, ulat, ekor.


     

  4. VK + KV

    undi, erti, inti, unta, asli, abdi.


     

  5. VK + KVK

    ambil, umpan, empat, indah, embun, ombak, iblis.


     

  6. KV + V

    Dua, doa, tua, dia, bau.


     

  7. KV + VK

    Jauh, buah, kuil, diam, buih, kuih, liar.

  8. KV + KV

    Jala, pasu, buku, guru, kita, saya, rata.

  9. KV + KVK

    Kapal, telur, sikat, hiris, pukul, jarum, bakul, mulut.


     

  10. KVK + KV

    lampu, janji, sendi, pintu, tentu, jumpa, jambu.


     

  11. KVK + KVK

    Jemput, sandar, bantal, pintal, bandar.


     


     

2.1.1.3 Kata tunggal tiga suku kata


 

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak sedikit. Perkataan-perkataan tiga suku kata ini banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman. Antara pola-polanya ialah :


 

  1. KV + V + KV 11. KV + KV + KV
  2. KV + V + KVK 12. KVK + KV + KV
  3. V + KV + V 13. VK + KV + VK
  4. KV + KV + V 14. V + KV + VK
  5. KVK + KV + V 15. KV + KV + KVK
  6. KV + KV + VK 16. KVK + KV + KVK
  7. KVK + KV + VK 17. KV + KVK+ KV
  8. V + KV + KV 18. KVK + KVK+ KV
  9. V + KV + KVK 19. KV + KVK+ KVK
  10. VK + KV + KV


     


     

2.1.1.4 Kata tunggal (akronim)


 


Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Akronim boleh ditulis dengan tiga cara.


 

  1. Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.


 

Contoh :


 

LUTH - (Lembaga Urusan dan Tabung Haji)

ABIM - ( Angkatan Belia Islam Malaysia)


 

  1. Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya.(jika bukan nama khas)


 

Contoh :


 

tabika - (taman bimbingan kanak-kanak)

cerpen - (cerita pendek)


 

  1. Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu menjadi nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.


 

Contoh :

Bernama - (Berita Nasional Malaysia)

Pernas - (Perbadanan Nasional)

Intan - (Institut Tadbiran Awam Negara)

2.1.2 Bentuk kata terbitan


 


Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.


 

2.1.2.1 Kata terbitan berawalan


 

Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

  1. awalan kata nama
  2. awalan kata kerja
  3. awalan kata adjektif


 


 


 

Contoh :


 

  1. awalan kata nama


 

pe - pekebun, pelaut, peladang, pesawah, pekedai.

pem - pembesar, pembaca, pembajak, pembelot, pemburu.

pen - pencuri, penjaja, pendengar, pentadbir, pentafsir.

peng - penggali, penghantar, pengkaji, pengurus, pengasuh.

penge - pengecat, pengebom, pengetin.

ke - ketua, kekasih, kekanda.

juru - juruterbang, juruwang, jurubahasa, jururawat.

maha - mahasiswa, maharaja, mahaguru.

tata - tatabahasa, tatacara.

pra - prakata, prasejarah, prasyarat, prasekolah, prauniversiti.

eka - ekabahasa, ekawarna.

dwi - dwibahasa, dwifungsi.


 


 

2.1.2.1.2 awalan kata kerja

me - melihat, melawat, merawat, merebus, melombong, melompat.

mem - membaca, membesar, membawa, membilang.

men - mendayung, mendaki, mencari, mencuri.

meng - menghijau, mengambil, mengkritik, mengkaji.

menge - mengebom, mengecat, mengelap, mengekod, mengetin.

memper - mempersuami, memperisteri, memperlebar, memperhamba.

ber - berlari, bercukur, berfikir, berbuah, bertanya, bersuara.

be - bekerja, berasa, beraja.

ter - termakan, tersepak, terambil, terminum.


 

2.1.2.1.3 awalan kata adjektif

ter - terkecil, terbesar, tertinggi, terkurus.

se - sehodoh, secantik, senipis, setebal.


 


 


 


 

2.1.3 Kata majmuk


 


Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan mewujudkan makna tertentu. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu :


 

  1. rangkai kata bebas
  2. istilah khusus
  3. maksud kiasan


 


 

2.1.3.1 Rangkai kata bebas.


 

cita rasa jalan raya

janji temu meja tulis

alat tulis terima kasih

menteri besar ketua menteri

pegawai tadbir naib cancelor


 

2.1.3.2 Istilah khusus


 

reka bentuk reka cipta

uji kaji atur cara

kertas kerja kaji selidik

mata pelajaran urus niaga

2.1.3.3 Maksud kiasan


 

Buah hati bulan madu

Duit kopi kaki judi

Pilih kasih hati batu

Kaki bangku kaki ayam


 


 

2.1.3.1.1 Kata majmuk yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan.


 

antarabangsa setiausaha

beritahu sukarela

bumiputera suruhanjaya

jawatankuasa tandatangan

kakitangan tanggungjawab

kerjasama warganegara

olahraga pesuruhjaya

matahari


 

2.1.3.1.2 Penggandaan kata majmuk


 

  1. gandaan unsur pertama


 

kertas-kertas kerja

mata-mata pelajaran

perdana-perdana menteri

pegawai-pegawai tadbir

timbalan-timbalan menteri

naib-naib canselor


 

  1. gandaan seluruh kata

    kakitangan-kakitangan

    suruhanjaya-suruhanjaya

    setiausaha-setiausaha

    pesuruhjaya-pesuruhjaya


     

  2. imbuhan awalan dan akhiran

    ambil kira - mengambil kira

    uji bakat - menguji bakat

  3. imbuhan apitan

    ubah suai - mengubahsuaikan

    kemas kini - mengemaskinikan


     

2.1.4 Kata ganda


 

Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar yang disebut penggandaan penuh, penggandaan separa seperti negeri-negeri, pensyarah-pensyarah, buku-buku, lelaki, jejari, kekura.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH