Variasi dan Laras Bahasa


 

Laras Bahasa


 

  1. Laras Bahasa merujuk kepada gaya bahasa dalam bidang tertentu. (register)
  2. Melibatkan pemilihan kata, frasa dan susunan ayat.
  3. Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
  4. Laras juga dibezakan dari segi tatabahasa seperti ayat aktif/ayat pasif/ayat panjang/ayat pendek.


 

Laras Bahasa Formal/Rasmi


 

  1. Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.


 

Laras Bahasa Tak Formal


 

  1. Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat atau objek.


 

Laras Bahasa Iklan


 

  1. Slogan : Mutu, Gaya dan Keunggulan.
  2. Kaedah penyataan : Kereta untuk dijual.
  3. Perkaitan konsep : Fauziah Latiff dan Lux.
  4. Perisytiharan : Memperkenalkan Perodua Kancil.
  5. Kaedah Umpan : Tawaran Percuma.
  6. Mesra : Bank Bumiputra, Bank Anda.
  7. Bandingan : Fab lebih bersih dan harum.
  8. Gesaan : Cepat, jangan ketinggalan.
  9. Pertanyaan : Sakit kepala? Makanlah Panadol.


 

Laras Bahasa Saintifik dan Teknikal


 

  1. Kematangan dan keintelektualan. (ayat : subjek penerang jelas, tiada perlambangan dan bunga-bunga bahasa).
  2. Nota kaki, nota hujungan, dan bibliografi.
  3. Istilah-istilah : malar hijau (evergreen), turus tapisan (filter column), keaktifan, pendebungaan, pengoksidan.
  4. Susah difahami oleh orang biasa. (gambar rajah, jadual, graf, formula, simbol)
  5. Bersifat formal dan objektif.
  6. Menggunakan sudut pandangan orang ketiga atau neutral.
  7. Mengutamakan wacana pemaparan.


 

Contoh : Untuk belauan sinar-X, analisis terma dan kajian mineral-mineral bahagian pasir, tanah perlulah diasingkan mengikut saiznya, iaitu analisis granualo dibuat atas tanah halus.


 

Laras Bahasa Undang-Undang


 

  1. Tiada gambar/graf, terdapat prinsip undang-undang.
  2. Mementingkan keringkasan, ketepatan, keobjektifan dan kejelasan.
  3. Istilah : habeas corpus, obiter dictum, defendan dan sebagainya.


 

Contoh : Defendan membantah pada awal prosiding bahawa plaintif kerana tindakannya, diestop daripada mempersoalkan kesahan larangan PBJ itu. Tindakan tersebut termasuk menarik balik kesnya di Mahkamah Tinggi, meminta maaf kepada defendan …


 

Laras Bahasa Media Massa


 

  1. Ringkas, isi kandungan berita maksimum.
  2. Gaya dan nahu tidak penting.
  3. Ketepatan, kejituan dan keringkasan.
  4. Mudah difahami.
  5. Tiada bahasa berlapis-lapis.
  6. Piramid terbalik iaitu yang penting didahulukan.
  7. Berita mengandung judul dan teks dengan judul memperkenalkan apa-apa yang ada dalam teks berita.
  8. Biasanya disampaikan dalam tiga bentuk iaitu :


 

  1. ringkasan : Lelaki Larikan Kasut Bernilai RM1 Juta.
  2. tafsiran : Ajaran Sesat Penghalang Pembinaan Ummah.
  3. Petikan : Pak Lah Ganti Saya Apabila Ekonomi Pulih – PM.


 

Contoh : KUALA LUMPUR, 11 Januari – Juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) telah membatalkan satu penerbangan ke Perth, Australia dan berpatah balik ke ibu negara selepas seekor tikus ditemui di atas kalap terbang tersebut.


 

Laras Bahasa Sastera


 

  1. Kreatif dan imaginatif : mesej kabur.
  2. Mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata.
  3. Puitis dan hidup: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa.
  4. Menggunakan bahasa tersirat : perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa.
  5. Terdapat penyimpangan tatabahsa.


 

Contoh : Peristiwa ngeri melanda hidupnya, umpama malaikat maut yang melambai-lambai dirinya. Meskipun dia masih lagi boleh menjamah nikmat dunia, namun nyawanya sendiri sudah hampir di penghujung jalan. Menunggu ketikanya sahaja untuk meninggalkan tubuh badan.


 


 

Gelaran Warisan


 

  1. Juga disebut gelaran keturunan
  2. Gelaran ini diwarisi sejak lahirnya seseorang itu.
  3. Gelaran warisan atau keturunan boleh dibahagikan kepada empat jenis:


 

  1. Gelaran warisan daripada keturunan raja-raja yang memerintah sama ada pada zaman dahulu atau sekarang.


 

Contoh : Gelaran Raja terdapat di negeri Perak dan Selangor. Tunku di negeri Johor dan Negeri Sembilan, Pangeran, Pangeran Anak dan Pangeran Muda di negara Brunei Darussalam, Tengku di Kelantan, Pahang, Kedah dan Terengganu.


 


 


 


 

  1. Gelaran warisan daripada keturunan orang-orang besar.


 

Contoh : Megat dan Puteri yang terdapat di Perak, Nik di Kelantan, Wan di Kelantan dan Terengganu, Abang di Sarawak, Datu di Sabah, Awangku, Dayangku di Brunei, Tan di Kedah dan Tun di Terengganu.


 

  1. Gelaran warisan daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti Syed, Sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan.


 

  1. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden dari Jawa, Daeng dari tanah Bugis, Sidi di Minangkabau, Teuku dari Aceh.


 

Gelaran Kurniaan


 

  1. Gelaran didapati melalui pencapaian (achievement)
  2. Gelaran ini boleh dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah, dan gelaran kurniaan akademik atau ikhtisas.
  3. Gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang-orang yang dianggap berjasa.


 

Contoh : Tun : gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang dianugerahkan kepada lelaki atau perempuan.

Toh Puan gelaran untuk isteri kepada Tun.


 

  1. Tun - gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang dianugerahkan kepada orang lelaki dan perempuan.
  2. Toh Puan – gelaran untuk isteri kepad Tun.
  3. Tan Sri – gelaran di bawah Tun, kurniaan Kerajaan Persekutuan kepada orang lelaki dan perempuan.
  4. Puan Sri – gelaran untuk isteri kepad Tan Sri.
  5. Datuk –
    (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia) – gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada orang lelaki dan perempuan.
  6. Datuk (Datuk Patinggi atau Datuk Amar) – gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Sarawak.
  7. Datin Paduka – gelaran yang dikurniakan kepada orang perempuan oleh kerajaan negeri Selangor.
  8. Toh Puan – isteri kepada Datuk di Terengganu.


 

Gelaran kurniaan ikhtisas diperoleh kerana kejayaan dalam bidang akademik atau ikhtisas.


 

  1. Profesor Diraja – untuk profesor lelaki atau perempuan yang sudah mencapai kemuncak bidang akademik.
  2. Profesor – untuk lelaki atau perempuan yang sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam bidang akademiknya.
  3. Profesor Madya – untuk orang lelaki dan perempuan yang sudah mencapai taraf akademik satu tingkat di bawah Profesor.
  4. Doktor – untuk orang lelaki atau perempuan yang berkelulusan Doktor Falsafah, ilmu perubatan dan pembedahan, pergigian dan perubatan veterinar (haiwan).
  5. Cikgu – untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru.


 

Gelaran Keagamaan


 

  1. Haji dan Hajah– untuk lelaki dan perempuan Islam yang telah menunaikan fardu haji.

Rujukan Hormat


 

  1. Yang di-Pertuan Agung dan Raja Permaisuri Agung.


 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda.


 

  1. Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri.


 

Duli Yang Maha Mulia


 

  1. Balu Raja


 

Yang Maha Mulia


 

  1. Raja Muda atau Tengku Mahkota


 

Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia


 

  1. Kerabat Diraja Karib


 

Yang Amat Mulia


 

  1. Bergelaran warisan


 

Yang Mulia


 

  1. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.


 

Yang Amat Berhormat


 

  1. Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)


 

Yang Berhormat


 

(i) Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja.


 

Yang Berhormat Mulia


 

(j) Tun Toh Puan


 

Yang Amat Berbahagia


 

(k) Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan ( selain Tun dan Toh Puan) atau gelaran ikhtisas yang formal.


 

Yang Berbahagia


 

(l) Ketua Hakim Negara


 

Yang Amat Arif


 


 


 

(m) Ketua Polis Negara


 

Yang Amat Setia


 

(n) Hakim, Kadi


 

Yang Arif


 

(o) Mufti


 

Sahibul Samahah


 

(p) Ketua jabatan tanpa gelaran


 

Yang Berusaha

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH