Perkembangan Bahasa Melayu.


 

Bahasa Melayu digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke-7 dan dianggap satu daripada 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Antara Kerajaan Melayu yang wujud pada masa itu ialah Kalingga, Kendiri, Singgahsari dan Majapahit.

Salah satu faktor meluasnya penggunaan bahasa Melayu adalah disebabkan ciri-ciri keterbukaannya di samping keupayaan menerima pengaruh bahasa-bahasa lain.


 

2.1 Bahasa Melayu pada Zaman Kegemilangan Melaka.


 

Bahasa Melayu berkembang pesat di Kepulauan Melayu pada abad ke-13 apabila Islam bertapak di situ. Faktor yang mempengaruhinya ialah:

· Peranan pendakwah

· Melaka sebagai pelabuhan yang terkenal

· Peranan golongan istana dan pedagang

Bermula dengan kejatuhan Melaka pada tahun 1511, penjajah bersilih ganti bermula dengan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Peranan yang dimainkan oleh Inggeris berjaya mempengaruhi golongan bangsawan. Rakyat kebanyakan dan sebilangan kecil cendekiawan masih memberi sokongan untuk mendaulatkan bahasa Melayu.

Selepas kejatuhan Melaka, pusat kesusasteraan perkembangan Islam beralih ke Riau, Acheh dan Palembang.


 

2.3 Bahasa Melayu pada Zaman Pramerdeka


 

Semangat untuk mengembangkan bahasa Melayu di Nusantara termuat dalam Sumpah Pemuda (1928) yang mendaulatkan bahasa Melayu/ bahasa Indonesia sebagai bahasa politik dan perjuangan. Perkembangan politik di Indonesia turut mempengaruhi Tanah Melayu dalam usaha mencapai kemerdekaan.

Di Tanah Melayu Persatuan Penulis ASAS 50, pelajar-pelajar Sekolah Inggeris, pelajar-pelajar SITC, pelajar Timur Tengah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap British.

Persoalan bahasa terus dibincangkan sehingga kemuncaknya pada tahun 1955-1959 apabila wujudnya Laporan Razak (1956). Antara perkara penting dalam laporan tersebut ialah:

· Satu sukatan pelajaran yang sama

· Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib.

· Pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 yang berlangsung pada 16-21 September 1956 bertempat di Johor Bahru dan Singapura telah bersetuju menubuhkan Balai Pustaka yang kemudiannya dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka.


 

2.4 Bahasa Melayu Selepas Merdeka


 

Selepas Merdeka:-

* bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara.

* Perlaksanaan Laporan Razak untuk mendaulatkan bahasa Melayu.

* Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur.

* Menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan 1970, istilah bahasa Melayu telah ditukar kepada bahasa Malaysia untuk menimbulkan semangat kekitaan di kalangan rakyat. Selepas perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) istilah ini ditukar pula kepada bahasa Melayu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH